Wednesday, March 25, 2009

Follow Your Heart....

Kesinambungan daripada entry semalam, hari ni aku nak buat entry yang berunsurkan motivasi... Kepada diri sendiri dan kepada sesiapa yang ter'motivate' hasil dari motivasi aku hari ni.

Baru je habis baca buku tulisan Andrew Matthews, Follow Your Heart. Buku ni dah lama dah, dari tahun 1997 lagi tapi apa nak buat, setelah 12 tahun diterbitkan baru aku ada peluang nak baca buku nih. Dah la dapat yang version Melayu, tapi layan jelah. Ha, tajuk untuk versi Melayu, Ikut Hati Anda. Diterjemahkan pula oleh Adibah Amin...




Antara isi kandungan buku ni yang aku nak share



"Membuat apa yang anda cintai bukanlah resipi untuk hidup senang, tetapi resipi untuk hidup menarik. Mungkin sekali anda akan memikul lebih banyak tanggungjawab dan masalah"

"Orang hairan mengapa mereka pokai dan menderita, sedangkan mereka telah mencipta pola-pola automatik mereka sendiri melalui fikiran yang berulang-ulang."

"Apabila anda mengejar sesuatu, ia akan lari. Sama saja bagi binatang, kekasih...malah wang!"

"Apabila anda memberi hanya lima puluh peratus usaha, anda rugi jauh lebih banyak daripada bos anda. Dia cuma rugi beberapa dolar. Anda rugi semangat, harga diri dan sebahagian hidup anda"

"Kalau anda benar-benar hendak mencapai ketenteraman jiwa, di sesuatu tahap anda perlu ada rasa syukur. Ini pokoknya-kalau anda mahu berasa bersyukur, anda perlu bangun setiap pagi dengan rasa syukur. Kalau anda berkata; "Apabila hidupku lebih baik, aku akan berasa syukur", anda tidak akan bersyukur selama-lamanya."



Tu antara yang aku pilih yang menepati situasi aku yang biasa la. Tambah-tambah lagi yang bab pokai tuh. Aku memang selalu je cakap aku ni Engineer Pokai. Pasnih takleh la dah. Aku nak tukar la. Aku nak cakap aku nih Engineer yang bakal kaya... Tapi macam tak sedap lak.. hehehehe... Nantilah aku fikir-fikirkan.



Anyway...



Bacalah buku tu. Mungkin anda akan lebih positif macam aku.... Hahahahaha..... Xlah, mungkin korang akan rasa lebih best bila baca buku tu. (Strongly recomended to Farah Adeela)




by,
Aimi A.Z yang lepas ni nak komen buku "Honk! If You Are Malaysian" pulak...

3 comments:

fawghah said...

Hmm... ade sbb kenapa aku tanak teruskan jugak cita2 aku tuh... mmglah btol ape yg buku tuh kata... (aku ader buku tuh... tp version lain) tp... dier tuh bukan islam... mmg ape yg dier ckp btol... tp... nak buat something yg mak bapak tak bagi... aku tak brape suke... yerlah... maybe aku mmg dpt kejar cita2 aku tuh... tp... adakah aku akan happy? hmm.. mungkin tak... sbb doa mak bapak yg plg penting skali... tak kisah lar kalo dah jadi millionaire skali pun... kalo mak bapak tak restu... hmmm.... payah sket.. bukan payah sket.... but payah banyak.... maybe tak nmpak lagi 2-3tahun akan dtg... but later... coz aku dah tgk byk sgt bende mcm nih jadi..... sbb tuh aku pikir 100x!! or maybe 1000x dah!! hehehehehee

fawghah said...

tp aku rase... yg nih aku leh buat.... "Kalau anda benar-benar hendak mencapai ketenteraman jiwa, di sesuatu tahap anda perlu ada rasa syukur. Ini pokoknya-kalau anda mahu berasa bersyukur, anda perlu bangun setiap pagi dengan rasa syukur. Kalau anda berkata; "Apabila hidupku lebih baik, aku akan berasa syukur", anda tidak akan bersyukur selama-lamanya."

hheheheeehehehe....

Aimi A.Z said...

Bagus...ada gak yang ko leh wat... Hahahaha.....

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin