Wednesday, April 22, 2009

Kalau dah jodoh...

Ayat yang biasa kita dengar:



Kalau dah jodoh tak ke mana....



Betul kan? Kalau dah jodoh tak ke mana. Entri ni ditulis setelah mendapat perkhabaran yang cousin aku yakni cucu sulung Opah nak bertunang. Actually, cousin aku ni baru je break up ngan awek dia setelah 6 tahun berkapel. Ni setelah tak sampai setahun, dia dah nak bertunang dengan awek yang dia baru kapel tak sampai setahun.



Ironi kan? (betul ke penggunaan ayat ironi di sini? aku belasah je...)



So kesimpulannya, tak kisah la kalau dah 6 tahun ke 10 tahun ke berkapel kalau takde jodoh tu xde jugak



Dan xkisah la kalau baru sebulan jumpe ke, sehari jumpa ke kalau dah memang jodoh tuh, memang jodoh jugak.



Tuh semua di luar bidang kuasa kita. Hanya Dia je yang tau ape yang terbaik untuk kita dan apa yang tertulis untuk kita.



Anyway, congrats Opah sebab bakal dapat cucu menantu.... :P



Masa ni Opah tengah buat muka comel sebab cucu-cucu dia yang comel ni suruh...



by,
Aimi A.Z yang tak tau pulak bila time dia...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin