Saturday, May 02, 2009

Aktiviti di Hari Pekerja... (Part 2)

Keputusannya: Kami memilih FRIM sebagai destinasi untuk menghabiskan cuti Hari Pekerja. The experience is quite OK. Oh, taklah, sebenarnya best saaangaat... :P Banyak aktiviti yang kitorang buat, terutamanya makan. :P Habis rosak diet.


Aktiviti utama yang kitorang buat adalah Jungle Trekking. Selain makan-lah! Tiba-tiba aku, Noni, KT, Wardah dan Fieza jadi pencinta alam semulajadi pulak. So kitorang berjalan... berjalan... dan berjalan sampai penat. Yang pelik nya kitorang berlima je yang ada kat dalam hutan tu. Orang lain semua sibuk berjogging kat luar.



Selain menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH, kami pun apa lagi, tak membuang masa menangkap gambar dan berpossing. Say cheese!





Setelah keluar dari hutan, kami menyambung menangkap gambar. Kali ini kat tengah-tengah jalan. Jalan ni banyak kereta sebenarnya so bila ada kereta kami cepat-cepat lari...




Setelah penat berjalan-jalan, kami pergi menjamu selera di Malay Tea House. Tapi gambar ni cuma gambar rumput di Malay Tea House. :P





Aktiviti seterusnya adalah bergosip di dalam air. Di sinilah kami meluahkan gosip-gosip terbaru, skandal-skandal terbaru dan juga career development kami.




Setelah semuanya selasai, kami berangkat pulang ke Kampung Baru untuk makan malam. Kat situlah aku makan Daging Rusa yang mengakibatkan aku tidur dengan lenanya. Tapi, nasib baik sempat tengok Tomok-ku. Cayalah!

Sebelum aku mengakhiri posting aku kali ni, ni ada gambar special daripada kami.

"Kami masih bujang" Tapi , tak semestinya kami masih available... *ngehngeh*



by,
Aimi A.Z yang comfirm masih available...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin