Friday, May 01, 2009

Aktiviti di Hari Pekerja...

Since 1 Mei adalah Hari pekerja, jadi pekerja-pekerja sahaja yang diberi cuti. Bos-bos sila kerja ya! *wink*

Alkisah, rancangan asalnya adalah untuk pergi melawat Djah yang baru melahirkan anak di Seremban, tetapi kerana Djah tidak dapat dihubungi, kami membuat plan yang lain. Ini adalah 2 cadangan aktiviti yang telah di shortlisted kan.


1. KUALA GANDAH ELEPHANT SANCTUARY



Cadangan asal adalah dari Wardatul Baidha. Entah kenapa dia rindu sangat kat kawan dia ni. Tempat ni terletak kat Temerloh, Pahang dan mengambil masa kurang dari 2 jam. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah Menaiki Gajah, Memberi Makan kepada Gajah, dan memandikan gajah. Kira It's all about the elephant-lah.


2. FRIM (Forest Research Institute Malaysia)



Tempat ke-2 ni adalah dicadangkan oleh Noraspalela. FRIM ni terletak dekat Kepong. Perjalanan tak la lama sangat. Aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat adalah Berpicnic, Berjogging, Birdwatching, Cycling and Jungle Trekking. Tetapi berita sedihnya dia punya Canopy Walkway tengah under maintenance. :'( Tapi, banyak jugak aktiviti yang lain.


So, antara 2-2 ni, tak tau yang mana satu jadi pilihan hati. Sebab organizer cuma cakap pakai seluar track dengan sport shoes. Kena tunggu entry esok untuk sambungan. Entah-entah tak pergi mana-mana pun sebab semua tak boleh bangun tido. :P



So, till then.



by,
Aimi A.Z yang menjalankan tugas...



Nota Kaki: Kepada mereka yang merasakan tidak dijemput tu harap maklum, jemputan hanya terbuka kepada mereka yang memberi keputusan untuk ke rumah Djah sahaja. Keputusan ini adalah short-notice dan hanya dibuat pada pukul 12.00 tengah malam. Sekian. :P

1 comment:

mugiwara said...

kau. cuti cuti ni.
banyak masa lapang.
jadi, sila jawab tag.
jangan segan segan.
buat macam biasa saja.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin