Sunday, May 17, 2009

♥♥Love Story 2009 ♥♥

Topik hari ni adalah cinta.

Bukan cinta Aimi A.Z tapi cinta seorang manusia yang bernama Chika (bukan nama sebenar kot!). Alkisah macam ni ceritanya... Tadi, aku gaduh-gaduh dengan Wawa pasal blog. Macam macam la isu yang Wawa tak puas hati dengan aku. Then, terkeluar pulak Kak Lala cakap yang pasal blog Si Chika ni and terkeluar la pasal Love Story 2009 dia ni.

Biar aku summarize kan Love Story dia dari perspektif aku...

Chika ni penulis blog yang biasa. Biasa maksudnya macam aku. Yang menulis just for the pleasure untuk menulis. Ok! Maybe tak boleh nak samakan dia dengan aku sebab dia top Blogger sekarang and gaya penulisan dia pun amat sedap untuk dibaca. But, anyway dalam masa dia memblog tu, there's one guy yang sangat tertarik dengan penulisan dia sehinggakan lelaki itu ingin mengambil Chika sebagai seorang isteri. Proses-proses perkenalan dan bibit-bibit percintaan diorang yang romantik dan comel ditulis dengan bagusnya oleh Chika dalam blog beliau. Kalau aku yang cerita semua baik aku je yang jadi Chika.

Bila baca cerita Chika tu rasa macam baca novel cinta or tengok cerita cinta. And aku seriously rasa cerita-cerita seperti itu patut di bagi kepada Yasmin Ahmad ataupun Khabir Bahtiar untuk dibuat filem. Sure aku jadi orang pertama yang beli tiket wayang. And aku pun rasa kat dunia ni tak ada lagi kisah-kisah cinta macam tu. So bolehlah filem tu nanti dibuat translation dan di distribute di seluruh negara. Ataupun tulis saja sebuah novel cinta dan dijual mesti laris nya. Di samping hati berbunga-bunga dengan kisah cinta, hati juga berbunga-bunga hasil dari royalti buku yang tak habis-habis. Best kan cadangan aku?

Ok. Back to their love story... Chika mendapat first email dari Si Dia around May 2008, and diorang melangsungkan perkahwinan pada February 2009. Itu pun kalau tidak Si Dia nak langsung Oktober 2008. Gila cepat kan?

So, the point is CINTA tu bukan dekat di mata je. Selama ni aku risau jugak sebab aku tak jumpa orang Ceh! padahal hari-hari jumpa orang! macam mana nak dapat jodoh. Tapi, baru aku realize balik yang jodoh tu dah ditetapkan. Cuma kita tak tau bila masanya dan siapa orangnya je. Sebelum sampai masanya, banyak-banyak la berdoa dan hendaklah berusaha jugak ke arah itu. Contoh berusaha adalah melemparkan senyuman yang paling manis kepada seseorang yang juga melemparkan senyuman (yang YA ALLAH sweetnya!) kepada anda.

Kesimpulannya, bersedia. Sebab, kalau tetiba dapat seru tu, tetiba jugak kena kahwin. Cam pelik je ayat ni kan?


Nota Kaki: Tujuan aku membuat post pasal Love Story ni, bukan berniat nak berangan-angan aku punya Love Story pun macam nih, cuma nak berkongsi satu cerita yang amat menarik yang aku baca. Benda baik kan elok dikongsi? :P

Nota Tangan: Nanti kalau rajin dan tak malu aku cerita tentang Kisah Cinta yang aku selalu bayangkan. *wink*







by,
Aimi A.Z yang sebenarnya nak blog pasal Wawa tapi dah terbuat pasal lain pulak...

2 comments:

syura said...

da conclusion is senyum la selalu dgn senyuman manis..hahahaa...

Aimi A.Z said...

Hahahahaha... Camtuh yeh conclusion nye? :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin