Friday, June 26, 2009

Bila Raja Pop Meninggal Dunia...



Bukak je Hot FM, lagu Michael Jackson.


Tukar ke Fly FM, Michael Jackson.


Tekan Era, Paknil tgh temuramah Astro Awani tanya pasal berita kematian Michael Jackson.


Mix FM pun sama gak. Michael Jackson. Ish3x... Tak boleh jadi ni.


Baik dengar IKIM.FM. Michael Jackson jugak! Diorang tengah mendoakan Michael Jackson a.k.a Mikaeel ditempatkan dalam golongan orang-orang soleh.


Tak puas hati lagi, aku dengar Suria FM. Topik sama. Michael Jackson.


Last-last, dengar Sinar FM. Mujur topik lain sikit; Hari penuh emosi. Tapi ada jugak caller telefon cakap hari dia penuh beremosi sebab Michael Jackson meninggal dunia.



Haih.....



Bila Raja Pop meninggal dunia, semua radio dah takde topik lain.



Layankan je lah...




by,
Aimi A.Z yang bukan peminat Michael Jackson...

4 comments:

++ahlinujum++ said...

aku pon pening neh

Aimi A.Z said...

tu lah. pening pale aku. dah la lame je aku nak sampai opis tu...

mugiwara said...

aku terus tak bukak radio 3hari~

Aimi A.Z said...

hahahaha.... lagi bagus ko neh...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin