Tuesday, June 09, 2009

Cerita di sebalik Pantai Timur Le Tour...

Pantai Timur Le Tour yang berlangsung selama 3 hari 2 malam memperlihatkan tali persahabatan yang begitu kuat di antara 6 sahabat ini. Hahahahaha.... Saja je intro kasi gempak, biar poyo sikit ayat...

Kawasan-kawasan yang terlibat sepanjang Pantai Timur Le Tour adalah:
1. Setiu rumah Za
2. Pantai Rhu Sepuluh masa untuk bergumbira
3. Kuala Krai di mana aktiviti utama berlangsung
4. Kota Bahru Pasar Siti Khadijah
5. Pasir Puteh Rumah nenek Za
6. Gong Badak Site visit runtuhan Stadium Sultan Mizan
7. Kuala Ibai on the way balik K.L
**thanks to Wardah untuk list ni

So, tujuan asal kami ke Pantai Timur sebab nak pergi Majlis kahwin Paeh yang berlangsung pada 6 Jun. Di samping kenduri kawin kita enjoy dan shopping la. :P



Sesampai je kat Setiu terus pergi rumah Za and petang tu pegi Pantai Rhu Sepuluh main pantai dan tangkap gambar. Mesti korang Pelik dan hairan kan (kalau tak pelik pun buat-buat pelik) apasal la gambar aku melompat takde. Bukan sebab aku berat sangat sampai tak boleh nak lompat tapi sebab takde cameraman yang bertauliah yang dapat snap gambar aku dengan jayanya. Penat dah aku lompat sampai kotor-kotor baju kene pasir tapi gambar nya takde jugak. F.Y.I, gambar-gambar lompatan mereka itu adalah hasil kerja aku... :P Oh, gambar Fieza lompat pun takde sebab dia sangat malas nak melompat and Dbot pulak belum sampai dari Kedah.



Aktiviti di hari ke-2 pulak adalah aktiviti utama iaitu pergi ke kenduri kawin Paeh. Kendurinya berlangsung di Kuala Krai yakni rumah pengantin perempuan. Masa kitorang sampai dalam pukul 1.30ptg tu Paeh dan isterinya belum bersanding and dengarnya dalam pukul 2.30ptg baru diorang nak bersanding. Oleh kerana cuaca di Kelantan yang sangatlah panas kami dah tak tahan nak tunggu Pengantin lelaki, maka kami pun menyerbu ke rumah pengantin lelaki bertandang iaitu di belakang rumah pengantin perempuan je. So, Paeh pun terpaksalah melayan kitorang yang menyibuk di tengah-tengah rombongan pengantin lelaki. Boleh tak camtuh? Hehe...Eh, lupa pulak! Gambar yang macam berhari raya tu adalah gambar kat kawasan rumah Za. and lepas pergi kenduri Paeh kitorang pon apa lagi shopping la!!



Hari ke-3 kitorang baru teringat yang kitorang ni sebenarnya engineer-engineer yang belum berjaya, bukan kanak-kanak riang yang menghabiskan cuti sekolah mereka. Jadi, untuk mengingatkan diri yang sebenarnya masih belum menjadi engineer yang berjaya, kami pun pergi la melawat Stadium Sultan Mizan yang roboh tu untuk melihat dan mencari ilmu-ilmu engineering dan mengambil iktibar akibat daripada peristiwa tu. Kunonnyelah! Anyway, nanti aku review pasal Stadium Sultan Mizan tu di entri lain.


Itulah alkisah di sebalik Pantai Timur Le Tour. Trip ni seperti trip-trip lain, best sebab bersama kawan-kawan tapi yang tak bestnya sebab satu-satu perjalanan tuh mengambil masa yang lama and time bershopping adalah sangat limited. Pastu tak sempat bermandi manda, tak sempat nak melawat-lawat dan tak sempat nak berpoya-poya sangat. So, lepas ni kena plan lagi Tour ke Pantai Timur dengan lebih bagus supaya akan menjadi satu percutian yang Best Giler!!


Nota Kaki: Za cakap dia gembira sangat jumpa kitorang kat sana and dia mengalu-alukan if kitorang nak datang sana lagi, dengan hati yang terbuka... *Terharu*



by,
Aimi A.Z who definitely will come again to the East Coast...

4 comments:

syura said...

ala...bestnyeee....kalo aku lmbt kawen lg kompem aku gi..haha..

Aimi A.Z said...

erm? ape kaitannye di situ? bukan lg nk kawen lg kene g kenduri kawan2 ke sbb nnt kawan2 xnk g kenduri ko.. hahaha.... jgn marah ye bakal pengantin

--HuLL teAM-- said...

nnt pegi pekate korg jemput aku kat pdg pasir nie
hehe

Aimi A.Z said...

Wokeh. Kite serahkan bab2 invitation ni kat Nonie... :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin