Thursday, June 11, 2009

Result Oh Result...

Ingat tak pasal post aku yang diberhentikan dari Master Program and bagaimana aku masih bertahan sampai sekarang? Kisahnya sebenarnya banyak lagi. Sebab masa tuh aku malu nak cerita macam mana aku termenangis kat depan Prof. S sebab aku nak sangat-sangat sambung Master aku, aku tak cerita macam mana downnya aku bila aku jumpa Dr. Y and Dr. Y menyalahkan aku atas kefailan aku, and macam-macam lagi la. Hanya orang-orang kat sekeliling aku yang tau macam mana aku hampir-hampir putus asa nak meyakinkan semua orang yang aku tak akan mensia-siakan peluang yang diorang kasi.


Tapi, nasib baik aku tetap berusaha dan tak putus asa masa tu. Hasil daripada sokongan semua pihak. Thanks!


Sebab...


Hari ni aku dah buktikan kat Prof. S, aku dah buktikan kat Dr. Y dan yang paling penting aku dah buktikan kat diri sendiri yang segala peluang yang diorang kasi tu memang tak sia-sia.


Sebab antara percaya dengan tak percaya aku dapat 3.67 untuk result semester ni. Serius! Aku pun tak percaya sampai sekarang yang aku boleh dapat 3.67. Tapi, alhamdulillah... Doa aku dan orang-orang yang mendoakan aku termakbul. Ini gak menunjukkan yang aku kena berusaha lebih kerana ALLAH bagi aku satu peluang lagi untuk aku menggenggam segulung Master. dan aku harap aku akan dapat Master dalam masa setahun lagi. InsyaALLAH...


Aku nak share pengajaran-pengajaran yang aku terima di sebalik peristiwa diberhentikan ni. Pengajarannya ialah:

1. Segala benda yang terjadi tu ada hikmah dan pengajarannya cliché, kan?
In my case, aku rasa ALLAH nak bagi aku ni sedar diri sikit. Tak lah aku rasa sesuatu benda tu senang je nak dapat. Lagipun, ini kan first time aku fail paper. So, tak la aku rasa yang belajar ni senang sangat, malas-malas pun leh lulus gak. Ish3x... Anak sapa la tu!

2. Don't give up until your last breath
Kalau diikutkan hati aku ni, dah lama dah aku give up. Dari time Dr. Y yang tak bagi kata-kata semangat langsung untuk aku teruskan. Dari saat Dr. Y cakap;

"This is it. There's nothing you can do."

Tapi, dari family dengan kawan-kawan aku dapat semangat. Aku tau sinar-sinar harapan tu masih ada. Bila jumpa Prof. S, Prof. S cakap;

"Takpe, kita usaha. Yang penting usaha dan doa. InsyaALLAH."

Prof. S suruh aku tulis surat kat VC, Prof. S suruh aku buat itu ini. Prof. S tak kasi aku give up. and Prof. S juga yang tolong aku betulkan markah aku di saat-saat Dr. Y cakap markah aku tak boleh dibetulkan lagi. Prof. S jugak yang suruh aku masuk kelas time status aku masih dalam rayuan. Betul cakap Prof. S. Yang penting usaha dan doa. Thanks Prof. S! Eh, aku dah jadi macam F pulak mengidolakan Prof. S. *wink*

3. Jangan la caci maki seseorang lecturer tu walaupun beliau kasi anda E
Sebabnya? Sebabnya beliau jugak yang nak kasi anda A- di sem berikutnya... *wink*


Itulah antara pengajaran-pengajaran yang aku terima. Actually, banyak lagi pengajaran, tapi karang korang bosan pulak. Anyway, doakan aku berjaya dapat Master ni.


Nota kaki: Thanks kepada semorang yang sangat menyokong dan membantu aku dalam menempuhi hidup yang penuh liku ni... :P Ayat tak tahan...

Nota tangan: Psst! Kak Lala dapat 4 flat. Giler ah!


by,
Aimi A.Z yang sangat bersyukur dengan result sem ni dan amat berharap tak lupa diri sem depan...

8 comments:

++ahlinujum++ said...

aimi congratz!
pelagi kenduri kesyukuran lah wei

fawghah said...

aku mcm tau2 jerk result kuar semlm kan? hehehehe...
ape2 pun... tahniah!!!
heehehehe... kan aku dah ckp... prof S mmg baik!! hahahaha...
kang kalo aku puji lebey2 korang lak menyampahkan? hahahahaha...

aku nak tambah lagi 1 leh?
maka.. berbuat baiklah pada semua org... sbb org yg kdg2 kita tak suka... akan membantu kita dlm kesusahan suatu hari nanti!!

hahahahaha... aku tau poyo!! but dalam maknanya tuh!! hehehehe

congrats!! congrats!!

Aimi A.Z said...

++ahlinujum++
kite wat kenduri ksyukuran bile dah dapat master nnt la. lagi afdhal...

fawghah
ko maksudkan aku tak suke Prof S ke? mane der. bukan die ke tak suke aku? hahahaha....


Anyway, thanks! :P

jOe_sTaRz said...

Aimi,
Aku dah baca semalam n sempat la sebar kan kat kawan2 aku kat opis tu. Tapi lupa plak nak ucapkan taniah kat ko...Chayok2....

Aimi A.Z said...

ceh! sape kawan-kawan opis ko tuh? Syed ke? Ceh!

Aimi A.Z said...

Eh, lupe plak... Anyway, thanks! :P

syura said...

aimi...taniah atas kejayaan dan semangat mu..hehe..leh wat puisi..neway,aku doakn ko dpt 4flat next sem..

Aimi A.Z said...

Thanks Syura. Aku pun target nak dapat 4flat sem depan. tu yang tak sabar nak bukak sem ni. selalu bila dah nak abes cuti je mesti cakap "Alah, cuti dah nak habis..." Kali ni aku cakap "Ye, ye... cuti dah nak abes. :P" Boleh tak? hahahaha

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin