Wednesday, July 22, 2009

Episod 1: You nie cute la..

(Entri ini ditulis sempena Friendship Day yang jatuh pada 2 Ogos 2009)

Suatu hari di tahun 2007 aku ada menulis entri ini sempena Friendship Day. Tahun ni aku bukan setakat nak wish kawan-kawan Happy Friendship Day je tapi aku nak bercerita. Tapi ceritanya panjang. That's why ada banyak episode. So, kalau rasa nak baca, silakan...

Cerita yang pertama bermula di bangku sekolah rendah. Masa tu aku berkawan dengan seorang kawan yang bernama Alin (seperti biasa bukan nama sebenar). Kawan baik sangat masa tuh. Pergi mana-mana pun berdua. Memang tak berenggang.

Then, satu hari ada "something" yang jadi. I really don't remember what it is, but apa yang aku tau lepas "peristiwa" tu terjadi, aku dengan Alin dah tak bertegur sapa. Macam tak pernah berkawan. Kalau dia kat Utara, aku kat Selatan. Kalau dia dekat Timur, aku dekat Barat. Aku ingat lagi. Masa tu kitorang Darjah 6. Memang dah penghujung tahun. Sepatutnya time tuh lagi berkawan baik sebab lepas ni dah tak jumpa. But then...

Mintak maaf? Aku tak tau la siapa yang salah, tapi aku memang ada ingat yang dia pernah mintak maaf kat aku. Banyak kali. Tapi, aku ignore. Aku tak terima maaf dia. Tak tahu pasal apa. Ego, mungkin.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Lepas Darjah 6 aku & Alin dah tak jumpa. Masing-masing teruskan hidup masing-masing. Sampailah satu hari pada 21 September 2004, selepas 8 tahun berlakunya "peristiwa" itu, aku dapat email ni:

salam.. hi aimi.. bley kenal..?? hahaha... you nie cute la.. hehe.. jgn marah2 anyway mesti aimi tertanyer saper la budak yg merepek nie...

anyway... aimi ingat lagik tak member2 skool sg rokam dulu.. ingat tak dulu aimi penah kawan baik ngan dia.. then pasal satu kes.. korang terus jauh.. nie alin... still ingat lagik..?? gosh.. mmg alin terkezut giler bila masuk website kawanaku.com then nampak nama aimi.. jumper jugak kiter rite.. alin nak sangat contact aimi tapi aper yg alin tau aimi dah pindah ke selangor rite.. (if i was not mistaken..) rindu sgt kat aimi.. terlalu rindu kat awak.. tak terfikir pun nak masuk website tue... anyway kalo aimi still ingat alin n raser nak contact alin balik.. call alin 012-*******.. i really miss u girl.. harap2 alin bley kawan balik ngan aimi macam dulu..

chow n love


Kalau korang, apa perasaan korang masa tuh? Masa "peristiwa" tu jadi, umur aku 12 tahun. Masa aku dapat email tu, umur aku dah 20 tahun. Tahap kematangan pun berbeza. Dendam dan peristiwa-peristiwa apa pun dah lupa, yang aku tau aku sangat excited dan terharu dapat email dari Alin. Dan tak sangka, setelah 8 tahun kami berjumpa dan berkawan balik. Dan yang paling tak sangka, aku pun dah lupa yang aku pernah mendaftar kat website kawanaku.com. Tulah, canggih sangat zaman sekarang, teknologi jadi penghubung kami. Ironi, kan?


Quotes of the day...


Life is unpredictable. Life has its ups, downs, curves and straight paths and you'll never know whether the paths you are choosing is the right one. So, just live life to the fullest and hopes for the best.



...Next: Episod 2...



by,
Aimi A.Z yang rajin pulak buat cerita-cerita panjang macam ni...

2 comments:

++ahlinujum++ said...

terharu~
sweet gile kwn ko
kwn2 ngn femily lah yg stay behind us 4 watever happen..
so appreciate them
aimi nak adiah for frenship day haha

Aimi A.Z said...

Yup... betul tuh KT. eh, eh... ko la kasi kat aku. untuk buktikan ko lagi baik dr aku... hahahahaa

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin