Friday, July 24, 2009

Episod 2: Kalaulah Boleh Begitu AAZ...

(Entri ini adalah sambungan daripada entri Episod 1: You ni cute la..)

Cerita ke 2 adalah cerita ketika zaman Diploma. Kita namakan kawan aku tu Shah. Sama seperti aku, Shah juga mengambil Diploma in Civil Engineering. dan of course itu menjadikan kami Coursemate. Aku dengan Shah tak berapa berkawan secara face to face. Maybe sebab kitorang tak sekelas. Tapi, dunia YM menghubungkan kami. Walaupun dekat Fakulti tak berkawan, tapi kitorang asyik berYM... Kira macam baiklah sebab selalu sangat berYM.

Alkisah, sebab dah selalu berYM, dah selalu berborak, macam-macam cerita la yang keluar. Macam-macam rahsia la yang keluar. dan mungkin sampai satu ketika dah takde cerita yang nak diceritakan lantas Shah mengambil keputusan drastik untuk menjadikan persahabatan kami semakin best dengan menceritakan perkara-perkara lain dari apa yang diceritakan...

Antara cerita-cerita sensasi Shah:
  1. Dia cumalah anak angkat ibu bapanya sekarang ini. Ibu bapanya yang sebenar merupakan warganegara Switzerland dan mempunyai empayar perhotelan yang agak besar di sana.

  2. Aweknya dulu yang bernama apa-tah-aku-pun-dah-tak-ingat merupakan seorang yang sangat baik dan sopan dan alim tetapi Allah lebih sayangkannya kerana aweknya telah meninggal dunia.

  3. Aweknya yang selepas aweknya yang meninggal dunia itu adalah seorang yang sangat teruk kerana telah tidur dengan bekas kekasihnya dulu.

  4. ...dan cerita yang paling sensasi adalah...

  5. Dia mempunyai penyakit di mana satu operation untuk membuang penyakit itu diperlukan dan dia telah melakukan operation itu di negara asalnya---> Switzerland

...dan cerita yang paling sensasi itulah jugak yang menyedarkan aku betapa aku telah ditipu hidup-hidup oleh seorang kawan yang bernama Shah (bukan nama sebenar)... Cerita tentang aku yang ditipu pernah aku ceritakan dekat sini.

Cerita kekantoian Shah bermula di suatu pagi pada tahun 2005. Aku telah mendapat satu mesej di telefon bimbitku daripada no Shah. Tetapi pengirim mesej itu adalah kakak Shah. Aku tak ingat biji butir mesej tu tapi lebih kurang memberitahu bahawa Shah sedang sakit dan kini sedang dioperate. Mintak mendoakan untuk dia. and sebelum terlupa, main key untuk cerita ini, dia sedang dioperate di Swiss.

Suddenly, tiba-tiba...

...aku dapat mesej daripada seorang kawan. Dia cakap dia jumpa Shah and kakaknya di bus stop. dan semestinya di Malaysia. Apa kes? Macam mana orang yang sedang dioperate di Swiss dah balik Malaysia dalam masa beberapa hari dan dah pergi berjalan-jalan di sekitar bandaraya? Kantoi di situ. Aku ni punya lah baiknya, punya lah percaya nya pada kawan, kawan tipu macam tu? Ish ish ish. Tapi, aku mengambil sikap diplomatik. Malam tu aku online. Dia online. Aku pelik dah. Dia tegur aku.

S-h-a-H: asl
S-h-a-H: igtkan xde org
S-h-a-H: sorie aimi xgtau ko
A-i-M-i: wsl..
S-h-a-H: em
A-i-M-i: erm...
A-i-M-i: shat?
S-h-a-H: ok
A-i-M-i: kat ne tuh?
S-h-a-H: dah ok dah sikit
S-h-a-H: kat wad lagik ni
S-h-a-H: aku pakai laptop abg aku
A-i-M-i: oo....
A-i-M-i: camner..?
A-i-M-i: ok ke...?
S-h-a-H: ok je
S-h-a-H: tpp biase ar
S-h-a-H: lemah gi
Time ni aku memang dah tau dia tipu aku. Tapi, aku layankan aje sebab aku nak tengok sejauh mana dia nak tipu aku. and btw, ni memang petikan YM kitorang yang original. tapi aku terpaksa tukar nama untuk tidak mengaibkan diri Shah yang sebanar.. Baik kan aku? Aku memang simpan sebagai bukti untuk apa-apa kes berbangkit. macam sekarang ni... :P

Nak dijadikan cerita, untuk puaskan hati aku, aku tanya jugak dia pasal kawan aku ada nampak dia kat bus stop. and end up, aku jugak yang salah. dia cakap, sampai hati aku tak percaya dekat dia dan ayat sinis "aku seronok dapat kawan macam ko". Terus dia sign off.

Lepas je dari kejadian tu, aku dah takde kuasa nak tegur dia, nak mesej dia, or even nak tegur dia. Takde hati dah aku nak kawan dengan penipu macam tu. Dia pun tak tegur-tegur aku. Mungkin dia nak tunjukkan yang dia tu betul dan dia memang sangat kecewa dengan aku or dia rasa bersalah sebab tipu aku. Either or aku memang dah tak nak kawan dengan dia. Lantak la apa dia nak rasa.

Satu hari bila aku bukak Friendster, dekat buletin board aku terpandang sesuatu. Sajak. Macam ni bunyinya:


KALAULAH BOLEH BEGITU AAZ

Kebenaran itu yang engkau persoalkan
Kepalsuan itu yang engkau kenangkan
Kalaulah boleh begitu AAZ

Bukan aku inginkan
Tapi
Kalaulah boleh begitu AAZ
Andai kelukaan
Dari tusuk pedang sejarah yang menikam
Ku harap tidak pernah hadir dalam jasad ini
Kalaulah boleh begitu AAZ
Aku ingin mereka kembali
Papa mama
Dan insan teristimewa dalam hidupku
Kembalikan mereka
Kalaulah boleh begitu AAZ

Namun ku sedar
Biar diusung langit yang tinggi
Biar lautan berombak ganas
Andai pertiwi di bias hartanya
Namun tidak akan kembali
Apa yang sudah aku lalui

Kalaulah boleh begitu AAZ
Kembalikan segalanya
Tunjukkan padaku semuanya palsu belaka
Semuanya tipu belaka
Tunjukkan padaku semuanya mimpi

Aku juga ingin begitu
Kalaulah boleh begitu AAZ


Nampaknya Si Penipu tetap dengan penipuaanya. Maka, akulah kawan yang jahat itu kerana tidak mempercayai seorang kawannya. Ish ish ish... Oh, btw aku tau sajak ni untuk aku sebab AAZ adalah initial nama aku, Aimi Abdullah Zubir.


...Next: Episod 3...




by,
Aimi A.Z yang hilang seorang lagi kawan. Adakah lebih banyak entri bermaksud lebih banyak kawan yang hilang? Nantikan...

7 comments:

syura said...

mie....citer ko ni jgk same dgn citer aku jgk...same story..haha..and shah yg same.....kn kite penah discuss zmn dulu kala...hehe...

Aimi A.Z said...

hahahahaha... mane leh ko ader shah gak... citer ko lain sikit la syu... hahahahaha... tapi, yups... memang citer ni hangat di zaman kiter praktikal diploma.. :P

++ahlinujum++ said...

nape aku xpenah tau yerk??sbb aku xmo amek tau ke??
shah??hmmm
ko caye x cite2 aku kat ko aimi??hehe

Aimi A.Z said...

ko tau lah sebenarnye KT, cume mungkin ko dah lupe. cite zaman tok kadok nih,

eh, ko ade tipu aku ke? so, ko terase cam ko ni shah la? hahahaha

++ahlinujum++ said...

aku pon rs igt2 lupe neh
tp kompem muke shah aku xigt haha
miahahahak ntah2 akulah shah haha

klakakers said...

OIT aku pun tau cerita ni.. aku pun kene tipu.. yg bezanya dia cakap face to face.. siap kesian kat dia.. aku belanja makan benjo lagi masa kat KOLEJ JATI... sengal punya budak SHAH!!!!

Aimi A.Z said...

uish. die punye penipuan kat ko lagi best. :p tahniah la kene tipu hidup2... same2lah kiter geng ditipu. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin