Saturday, August 01, 2009

Episod 3: Lari Jauh-jauh...

(Entri ini adalah sambungan daripada entri Episod 2: Kalaulah boleh begitu AAZ)

Cerita terakhir untuk kisah panjang ini adalah cerita yang baru berlaku dalam masa setahun dua ni. Tapi, tak adalah panas sangat, dah jadi suam-suam kuku je. Entah-entah dah sejuk beku dah. Selama ni aku just bagi hint je tapi tak pernah sekali pun aku bagitau hal yang sebenar dari perspektif aku and the reason behind everything. So buat julung-julung ("ayat tak hengat," kata Faizul) kalinya aku nak bercerita secara terbuka tentang apa yang terjadi tentang aku dan dia.

First of all, kita namakan dia Ana (seperti entri-entri sebelum ni: bukan NAMA sebenar). Aku dengan Ana berkawan sejak dari Semester 1 Diploma hinggalah ke semester terakhir degree. Sampai lepas degree, aku ingat aku dengan Ana masih berkawan (at least aku rasa aku ngan dia adalah kawan) sampailah suatu hari secara tidak sengajanya aku menemui blognya. Dan alangkah terkejutnya aku sebab aku baru tau apa yang dia rasa selama ni...

Aku baru tahu yang rupa-rupanya dia merasakan tempoh perkawanan kami adalah satu penyeksaan untuk dia.

Aku baru tau yang rupa-rupanya dia mengharapkan Degree dia berlalu dengan cepat supaya dia boleh lari jauh-jauh dari kami yang dikatakannya sebagai "kepompong" hidupnya.

Aku baru tahu yang rupa-rupanya dia ingin memulakan hidup baru bersama kawan-kawan baru dan orang-orang baru dan tak ingin ada kaitan dengan aku lagi.


Alangkah terkejutnya aku masa tu sebab dia tak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa aku ni seorang kawan yang jahat. Or maybe aku yang tak nampak tanda-tanda nya, tu yang aku terkejut beruk (beruk pun tak terkejut macam aku) bila aku tau benda-benda macam tu. Adakah aku seorang kawan yang sangat teruk sehingga ada kawan aku yang berasa sedemikian rupa? Adakah aku seorang yang sangat jahat sampai terabai perasaan seorang kawan yang sudah berkawan dengan aku selama bertahun-tahun?

Aku still tak tahu apa nak fikir. Aku still tak dapat cari puncanya. Aku still tak tahu apa masalahnya. Yang aku tahu, aku cuma menghormati keputusan dia yang tak nak berkawan dengan aku. Aku senangkan proses dia untuk lari dari aku dengan tak mengejar dia. Aku biar dia lari jauh-jauh dan tak cuba pun nak mengejar dia.

Tapi...

Bila dia toleh belakang dan tak nampak aku kejar dia, mungkin dia rasa pelik. and that's why she's always look back. For your information, at the time aku baca blog dia, aku dah tetapkan hati aku yang aku TAKKAN mesej dia, TAKKAN call dia and TAKKAN contact dia dengan cara apa sekali pun. Bukan ego, cuma menghormati keputusan dia. Tapi, di sebelah pihak dia, dia tak tahu yang aku dah tahu. Dia tak tahu yang aku dah baca blog dia. So, dia rasa pelik kenapa aku tak reply message dia, kenapa aku tak angkat call dia dan kenapa aku tak balas YM dia. dan akulah orang jahat dan yang sombong itu sebab tak balas semua mesej, call and YM dia. Padahal, hakikat sebenarnya dia tak tahu yang aku dah tahu...

Raya 2008. Aku dapat mesej berbunyi:
Kadang-kadang kita alpa, tak sedarkan kata-kata dan perbuatan yang pernah kita lakukan. Kita lari jauh-jauh untuk lupakan segala dendam. Kini ampun maaf dipinta dari hati yang penuh ikhlas.

Selamat Hari Raya.

Maaf Zahir Batin.

So? That's it? Bila rasa tak suka, lari jauh-jauh. Bila rasa bersalah mintak maaf? Macam tu? Nak tahu sambungannya?


Tunggu....

...cerita bersambung di Episod 4...


by,
Aimi A.Z yang bajet best la buat orang tertunggu-tungu. Tapi dia tak tau takde sape pun yang heran...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin