Sunday, July 05, 2009

It's time to reveal my project...

OKlah, sebenarnya macam lambat lagi aku nak reveal project yang aku usahakan ni, but since banyak sangat pertanyaan daripada kawan-kawan so aku pun rasa dah sampai masanya aku nak bagitau hal yang sebenarnya. Lagipun, tak baik biar orang tertunggu-tunggu kan? :P

Dengan ini, saya, Aimi A.Z mengumumkan bahawa saya telah menjinak-jinakkan diri dalam bidang bisnes. Bisnes yang saya ceburi adalah seperti berikut:


Bisnes kain.
Yup, kain.

Mesti banyak persoalan yang timbul dalam benak fikiran korang. So aku dah listkan FAQ (Frequent Asked Question) beserta dengan jawapan supaya korang taklah tertunggu-tunggu.


1. Sejak bila Aimi A.Z minat nak berbisnes ni? Selama ni tak pernah dengar pun Aimi A.Z minat berbisnes.
Jawapan: Sejak Aimi A.Z merasakan gaji yang diperolehinya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan hariannya dan sejak bapaknya mengcomplaint yang anaknya ini tak menyumbang kepada pendapatan dan perbelanjaan harian keluarga.

2. Aimi A.Z ni boleh ke berbisnes? Sebab selalunya orang yang berbisnes perlu mempunyai self confidennce yang tinggi. Aimi A.Z ni cam nampak pun tak confident.
Jawapan: That's why Aimi A.Z berbisnes menggunakan Web 2.0. Which is menjual secara online. Tak payah jumpa customer, tak payah nak berpromote2 di setiap saat dan ketika... Cuma satu klik dapat mengubah segala-galanya. *wink*

3. Punyalah banyak bisnes apasal bisnes kain jugak yang menjadi pojaan hati Aimi A.Z?
Jawapan: Kerana bisnes kain ni sangat senang. Barang tak rosak macam menjual makanan dan tak memerlukan masa yang banyak memandangkan Aimi A.Z pun tak mempunyai banyak masa. So, it's a perfect choice for Aimi A.Z.

4. Apa alamat Sales blog Aimi A.Z? Ke Aimi A.Z nak menjual kat blog ni je?
Sales blog Aimi A.Z belum ditetapkan lagi alamatnya. This is a personal blog and will remain as it is. Sebaik sahaja blog baru siap, perlancaran besar-besaran akan diadakan. Tunggu...............

5. Apa harapan dan pesanan Aimi A.Z kepada mereka-mereka yang membaca blog ini?
Kepada mereka-mereka, jemput-jemputlah bershopping kain di Sales Blog saya kalau tak pun just give me a call and I'll come to you. Kalau kawan-kawan mesti ada harga kawan-kawan nye. Jangan risau. And silalah promote kain saya kat sedara mara pakcik makcik ipar duai and sekalian yang ada.


Terima kasih.

Teruskan menyokong Aimi A.Z



by,
Aimi A.Z yang sangat excited sebenarnya tapi masih tak tau nama yang sesuai untuk kedai "online"nya...

6 comments:

Nas said...

harap2 ada jualan MURAH \0/
aku antare yg akan nyebok2 nk nengok kaen tu... \0/

.nina.z. said...

eh.jual kain..?
bagos2..
aku mmg nk cari kain..
nk bg mak aku, mak mentua, adik2, adik2 ipar, n aku nye skali :)

aku nk kain chiffon 2 meter + kain matching 2m..
ade...?

.nina.z. said...

eh.lupe,
aku zarena :)

Aimi A.Z said...

Nas. Bagus la... Silelah menyibuk! :P

Zareena. Aku tau la sape ko. Hehehehe... Aku ade chiffon n matchingnye crepe. aku tgh set up website. Maybe dalam malam ni aku launched. (Launced la sangat!) Hahahaha... Pape nnt ko usha kat sales blog aku eh? :P

.nina.z. said...

hehe..
ne la taw kot2 xtau..

wahh..
mlm ni gak nk launch..!
bagos2..

dh lmbt nk bli bj rayeee ni..!

Aimi A.Z said...

Bagus2... dah launced dah. G la tgk kot2 ada yang berkenan... :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin