Saturday, August 29, 2009

Buku-buku yang baru dibaca oleh Aimi A.Z...

Semenjak dua menjak memulakan perniagaan secara online ni, buku yang dibeli pun mestilah berkait rapat dengan perniagaan dan bisnes. So, 3 buku inilah hasilnya. Dah lama dah beli cuma baru berkesempatan nak update je. So, jom review sikit pasal 3-3 buku ni.


Buat Duit Dengan Blog by Yazid Yahaya
Buku ni sangat bagus dibaca oleh penulis-penulis blog. Tak semestinya orang yang ada bisnes. Asal korang ada blog and berniat nak dapat duit dari blog, ni la buku yang sesuai. Macam-macam cara lah dia ajar. Even nak setup PayPal account or nak daftar AdSense or Nuffnang pun ada kat dalam buku ni.

Buat Duit Dengan Jual Pakaian by Saat Sulaiman
Buku ni hanya untuk orang-orang yang membuat bisnes pakaian tak kira secara online mahupun secara terus. Apa yang anda perlu tahu dalam menjual pakaian, bisnes strategi yang perlu dipakai ketika menjual pakaian dan bagaimana untuk menarik minat pelanggan tentang pakaian yang anda tawarkan. It's just a guide so don't expect too much! :P

Internet Marketing untuk Bisnes Kecil by Zamri Mohamad & Izwan Wahab
Buku ni pula menawarkan teknik yang betul untuk berbisnes secara online. Bagaimana untuk meninggkatkan SEO (Search Engine Optimzation) atau dengan kata mudahnya bagaimana untuk blog dan bisnes anda dijumpai oleh Google, Yahoo dsb. Ada juga tentang bagimana nak market bisnes anda secara online.


So, kesimpulannya, untuk berbisnes secara online, bukanlah susah. Tapi dengan cara yang betul anda akan lebih berjaya di dalam bisnes anda. Sama-salah kita mengejar kejayaan. :P


Nota kaki: Kalau interested boleh jugak beli online kat PTS Online Bookstore.

Nota Tangan: Aku takde share pun dekat PTS Online Bookstore tu tapi aku promote ni sekadar nak berkongsi ilmu. Kan sharing is caring. :P



by,
Aimi A.Z yang tak berapa sempat nak apply apa yang terkandung dalam buku tu akibat busy...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin