Sunday, August 02, 2009

Episod 4: Happy Birthday...

(Entri ini adalah sambungan daripada entri Episod 3: Lari Jauh-jauh)

Walaupun korang tak tertanya-tanya, biar aku bagitau apa yang aku reply untuk mesej Raya Ana hari tu. Mesej sebenar aku dah delete tapi lebih kurang macam ni lah bunyinya:

....Satu je pesanan aku, bila dah berniat nak lari jauh-jauh, keep on running and never look back....


For the first time selepas aku berniat TAKKAN mereply dan mengcontact dia, ini yang aku reply. Tak ingat apa ayat intro dan ending nya tapi isi yang aku nak sampaikan, itulah. Tapi yang aku tahu, dia masih tak tahu yang aku dah tahu...

Selepas mesej raya, aku ingat dah takde mesej yang akan sampai untuk aku. Sebab aku dah cakap Jangan Pandang Belakang. Tapi itulah, mungkin sebab apa pun aku tak tahu, aku still dapat birthday wish dari dia, but at that time aku dah takde rasa apa-apa... Terharu pun tak, marah pun tak, gembira pun tak. Rasa biasa je. Rasa macam dapat mesej Birthday dari Bank Islam je. Baca then ignore. Amat kurang ajar! Hahahahahaha...

Dalam masa yang sama aku masih jadi pembaca setia blog dia. Mungkin aku yang perasaan, tapi aku tahu yang banyak isi kandungan blog dia yang menujukan mesejnya pada aku. or maybe "aku"lah orang yang dimaksudkan. Ada jugak yang aku sempat ambil untuk menjadi rujukan di masa depan seperti sekarang ini. Nanti tak ada bukti pulak. :P Antara petikan entri Ana:

"aku lari jauh-jauh...mengapa separah ini...bila aku tekad, mereka yang dahulunya berjuang bersama, tidak lagi aku endahkan...kejamkah aku??aku bukan bertindak kejam, cuma mahu luputkan segala memori yang dahulunya ditusuk dalam sekali..."

"seorang demi seorang hilang dari hidup ini..aku mencari jua, di mana silapnya..aku biarkan saja ianya pergi jauh tanpa mahu menariknya kembali..insan sebegitu, layaknya, tidak perlu dikenali..biarkan dirinya hanyut dengan arus yang sendiri ciptakan..aku berdoa agar mereka semua gembira dengan cita-cita yang selama ini bersemi di hati..semoga bahagia ku doakan.."

"biarlah aku berlalu dalam sepi...agar kalian yang dulunya pernah berjuang bersama, meneruskan rentak kalian sendiri ciptakan...dan aku??teruskan dengan rentak yang mendamaikan...agar hati ini, diri ini, tidak lagi diherdik, dihina..."


Korang buat la kesimpulan apa yang korang nak buat. Korang cakaplah aku yang salah. Korang cakaplah aku yang ego. Korang cakaplah aku memang kawan yang jahat.

Yang aku tahu, aku tak berniat langsung nak menjatuhkan seorang kawan.

Yang aku tahu, aku memang anggap dia sebagai salah seorang kawan aku yang baik. Suatu masa dulu.

Tapi, yang aku tak tahu kenapa sampai ke situ pemikiran dia. Kenapa dia boleh terfikir yang kawan dia ni nak menjatuhkan dia? Kenapa dia tak fikir mungkin semua itu datangnya dari salah dia sendiri? Kenapa?

Biar apa jawapannya, hanya dia je yang tahu. Sampai ke ketika ini, aku masih tak contact dia. Aku biar je dia hidup sebagaimana yang dia nak. Aku biar je dia cipta dunia yang indah bersama dengan kawan-kawan yang tak menjatuhkan dia. Itu jalan yang dia pilih.


Kesimpulannya....




...bersambung di Episod 5...




by,
Aimi A.Z yang asalnya dan buat cerita 3 episod je nih dah jadi berepisod-episod...

8 comments:

++ahlinujum++ said...

aimi
aku tau cite nie...
wahhhh aku yg lari jauh nie cmne??
ko nk msg aku lagi x ehehe
sumtimes people only appreciate thngs when they losing it
that's only we know how much it means to us
hepy frenship day

Aimi A.Z said...

ko ngan aku lari sama2... walaupon sorang ke hulu sorang ke hilir. muahahahaha...

yup, mmg pun KT. selalu pun macam tu kan... kite pun same. so, apa yang dah jadi tu biar je jadi. appreciate apa yang ada kat kita sekarang, jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong beciciran. Best kan perumapamaan aku?

Hepi Friendship Day. :P

nOniE said...

aimi...aku tau ko nye entry lepas nie..mesti ada kaitan dengan w**k**. xsabo nak tgk olahan ayat ko yang boombastik..hahaha...

sian ngan ana tue kan...dia dah lari jauh2..pastu kawan2 dia nie dah tau ia nak lari pastu malas la nak kejar...sebab tau klu dia lari pun xla hebat mana pun..pastu dia plak nak patah balik tgk kawan2 dia...padahal kawan2 dia dah tau factnya..pastu di heran kawan2 dia mcm xlayan sgt dia seperti masa dlu iaitu masa kawan2 dia belum tahu fakta itu...pastu dia terus menyalahkan kawan dia yang ignore dia..aku rasa ana nie ada asalah ngan diri dia atau perasaan dia la..split identity...huhuhuhuu

syura said...

aku igt atlit mane td..haha..terigt plak ade wording ..."laju ke ko lari??"...haha...

Aimi A.Z said...

Noni. W**k** tuh mende? aku tatau pun. tuh name orang ke pe? lambat la plak aku nih.

Syu. tak baik la ko wat ayat camtuh. tuh kan kawan ko same2 lari? hahahahaha

Aimi A.Z said...

oh non. aku dah tau dah w**k** tuh. tapi aku sepatutnye tulis kat entri ni. tapi aku dah delete.

tak jadi.

tak sampai hati.

ke nak gak?

hahahaha....

nOniE said...

apasalahnya...walaupun kebenaran tue sukar untuk diterima..tapi sesungguhnya w**k** tue merupakan entry yang menarik nak menunjukkan kebenaran yang sesungguhnya ana itu ada masalah ngan personaliti dia..dan baru tersedar dari dunia yang dia cipta dan sesungguhnya aimi tue merupakan kenangan dia dan sukar untuk ana lupakan...hahaha..
ana akan sentiasa mengingati aimi dan kawan2 lain walaupun dia lari sejauh mana pun sebab budi yang telah dia makan xkan hilang begitu sahaja...budi di bawa mati...mcm tue la...

syura said...

fuh noni...sungguh bermakne ayat2 ko..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin