Friday, August 21, 2009

Episod 6: Conclusion...

(Entri ini adalah kesimpulan daripada Episod 1, Episod 2, Episod 3, Episod 4, dan Episod 5)

Lama sangat tertangguh cerita aku ni. Hari ni baru ada masa aku nak buat conclusion. Tak la banyak masa sangat pun sebab sekarang ni dah pukul 1 pagi, ada beberapa jam je nak tido sebelum pergi kerja esok, but anyway... Conclusionnya adalah:
  1. Semua yang terjadi mungkin berpunca daripada sikap aku sendiri. Mungkin aku yang tak pandai nak berkawan or mungkin aku yang tak pandai jaga hati kawan-kawan aku.

  2. Semua yang terjadi mungkin sebab dah memang nasib aku berjumpa dengan orang-orang yang macam tu. Yang hanya singgah menjadi kawan untuk sementara waktu je.

  3. Semua yang terjadi hari ini tak semestinya itu endingnya. Mungkin suatu hari nanti aku akan berkawan dengan Shah dan Ana balik. Siapa yang tau, kan? Aku bukan mengharap, cuma mengambil iktibar daripada kisah aku dan Alin. Keadaan kan berubah mengikut kematangan seseorang?

  4. Semua yang terjadi tu tak lain tak bukan adalah pengajaran untuk aku dalam mempelajari selok belok kehidupan ini yang dihuni oleh pelbagai jenis manusia.

Itulah conclusion aku yang korang nanti-nantikan. Silalah komen kalau tak puas hati ye? :P Btw, di kesempatan ini aku nak minta maaf kepada korang semua di atas semua salah silap aku selama ni, and sebab malam ni malam terakhir sebelum Ramadhan, maka aku dengan baik hatinya memaafkan segala salah silap korang terhadap aku. Tak kira lah, Shah ke, Ana ke, Wardah ke, Farah ke, Noni ke, sape-sapelah, semua aku maafkan. So, aku start 0 balik. Lepas ni aku kira balik lah. :P Aku harap korang pun maafkan aku.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak.
Sama-samalah kita tambahkan ibadah di bulan yang mulia ini.
Jangan tambah berat sudah! :P


**edited on Friday, August 21, 2009 at 11:18 PM
Kepada KT, dan Syed (yang paksa aku edit balik post ni dan boldkan nama dia) aku pun maafkan korang. and kepada mereka yang nak nama diorang pun ditulis, post la comment nanti kalau aku rajin layan korang aku layankan lah. Hehehe...


by,
Aimi A.Z yang rasa cam skema terlebih pulak ayat untuk entri ni...

9 comments:

mugiwara said...

selamat berpuasa!

++ahlinujum++ said...

aimi xsebut name aku pon
kecik hati hahahaha
wei pose nie aku berazam nk tmbh berat bdn hehe

Aimi A.Z said...

Hahahahaha... ala, KT kan aku dah cakap sume. ko termasuk lah tuh. kalau aku sebut sume nama kawan nanti tak tido-tido plak aku semalam. :P

oh, ko lain kes, mmg kene tambah berat badan. incik Azrol pon patut tambah berat badan.

anyway, selamat berpuase.. :P

klakakers said...

HEK ELEH... XSEBUT NAMA AKU PUNG!!!!!!!!!!!! aku penat jer belanja.... BAIK KO EDIT BALIK ... LETAK NAMA AKU DAN BOLD KAN!!!!

Aimi A.Z said...

dah, sume pon nak name. camner nih? yelah2... jap aku edit...

fawghah said...

hahahaha... mi.. aku tau mcm mane pun ko mesti maafkan aku!!! kan aku dah kata... tak pedulik.. ko nak maafkan ke tak.. aku paksa gak! hehehe... btw.. ayat sms aku td... bleh tak pau kata.. "mcm bukan ayat ko je" haish.. tuh dah menguji keimanan aku tuh! ahahahhaa... aku punyer larr dok karang ayat smpai sakit2 kepala! dia boleh kata.. aku copy ayat org!! cis!! hehehehehe...

ape2 pun... selamat berpuasa!!
semoga amalan kita diberkati.. InshaAllah....

Aimi A.Z said...

Hahahaha... siot je pau tu. btw, ko puase ke hari ni farah? hahahahaha... bila nak buat projek macam dulu? ish3x... astagfirullahalazim...

++ahlinujum++ said...

makaseh aimi hehe
tp cmne org len mkn aku mkn org len pose aku pon pose gak tp nape org len yg naek aku xnaek pon ade tips haha

syed gile nk interprem haha

Aimi A.Z said...

Syed tuh memang. Hm, aku pun xtau la. aku pon pelik gak. kalau aku makan sikit pon org lain yang kurus aku berat jugak. ish3x. camne? any tips? hahahahaha

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin