Saturday, August 15, 2009

Jom jadi petani!

Dah lama aku tak review pasal games kan? Sebab aku pun dah lama tak main games. Baru-baru ni je baru addicted balik. Hm, maybe addicted is not the right word... Tapi tak tahulah perkataan apa yang sesuai. Yelah, di samping busy dengan Bisnes, aku pun busy dengan pelajaran dan kerja. Oops! Kerja tak busy langsung. :P

So, review aku hari ni adalah pasal pertanian. Bagaimana anda boleh menjadi petani di zaman yang moden ini. Aku rasa aku adalah orang yang sesuai untuk membuat review kerana aku dah adal 3 ladang. Poyo! So, selamat membaca!


Ladang yang pertama adalah FarmTown. Aku pernah review pasal FarmTown hari tu. Aku dah cerita macam mana FarmTown punya concept. Yang bestnya pasal FarmTown daripada yang lain adalah FarmTown membolehkan anda menghire orang untuk bekerja di farm anda. Sekarang ni bukan saje boleh hire orang untuk harvest, malahan boleh menghire orang untuk plow tanah korang. So, tugas korang adalah untuk menanam je.




Ladang yang ke-2 aku adalah BarnBuddy. Concept BarnBuddy ni agak simple kalau nak dibandingkan dengan FarmTown. Kat sini anda hanya diberi 18 lot tanah untuk di harvest. And yang bestnya dengan game ni adalah kita boleh mencuri hasil tanaman orang lain dan kumpul duit dari situ. and lagi satu yang bestnya sebab tanaman ko takkan busuk. Kalau FarmTown dengan FarmVille kalau lama-lama nanti tanaman busuk, tapi untuk BarnBuddy ni tanaman ko tak busuk, cuma berisiko untuk dicuri je lah. And kalau untuk anda yang takde masa yang lama nak main game, mainlah game ni. Bukan lama sangat pun. Setakat kat ofis nak main 5minit nak hilangkan stress, inilah game yang sangat bagus. Tapi, kalau asyik kene curik je, stress la jugak. :P




Last but not least, FarmVille. Concept yang agak lebih kurang dengan FarmTown, tapi ada banyak features dia yang masih tak capai standard FarmTown. Kira kalau nak compare dengan FarmTown. FarmTown lagi best la. Sebab yang ni tak boleh hire orang. Semua kena buat sendiri. Aku yang biasa bermalas-malasan di FarmTown, memang malas nak ber-rajin-rajin-nan di FarmVille. Tapi, yang bestnya, FarmVille ni laju sikit dari FarmTown. Maksudnya, FarmVille punya game tak la berat sangat. Dia loading lagi laju dari FarmTown. So, best!




Kesimpulannya, tak kiralah, FarmTown ke, BarnBuddy ke, mahupun FarmVille, kalau korang main tu, add lah aku sebagai Jiran. :P



by,
Aimi A.Z yang suka je bercucuk tanam di Facebook. Kalau la jual tanaman dapat duit betul-betul sure dah lama aku kaya...

2 comments:

a m l y n y x said...

i ada kesemua yg tertera itu! & ada extra lg tau. farmpal, sunshine ranch, farmland tah apa ke nama lg. & skrg aktif jgk di bidang restoran ~ restoran city. lalalla..
kui3

Aimi A.Z said...

Hahahaha... kalau diikutkan hati mmg habis game kat facebook tu. tapi, malas nak biasakan diri. nnt addicted! ni pun dah addicted tahap kronik gak ni. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin