Friday, August 28, 2009

Ketandusan idea...

Selalu saya akan buat tajuk seperti "Kenapa saya tak berblogging" atau "Minggu yang sangat busy" untuk mengexplain kenapa saya tidak mengupdate blog pada minggu tu, tapi kali ni, the only reason that I had is...

*

*

*

Saya takde idea LANGSUNG nak update blog!


Seriously. Kering. Kontang. Mungkin hari-hari yang dilalui kurang menariknya dari hari-hari sebelumnya. Tapi, the truth is, hari-hari saya tak menarik pun. Pura-pura je menarik. Hahaha! Mungkin juga hari-hari saya mengalami peristiwa-peristiwa yang tak boleh dilafazkan dengan tulisan dan kata-kata.

Seperti hari ini contohnya, berlalu dengan satu pengalaman yang tak pernah dibuat orang dan sangat memalukan semuanya gara-gara ko lah Wardah!, tapi takkan lah perkara yang memalukan tuh perlu diceritakan kepada semua orang? Boleh je cerita cam tak biasa je, cuma ada part yang tak boleh cerita sebab menyentuh sensitiviti kaum di negara Malaysia. Eh, aku tipu je part sensitivity kaum tuh. :P

Ataupun seperti hari sebelum ini, saya hendak memberikan komen tentang topik Cinta Berputik Semula, selepas saya mendengar topik ini di TV1 sebelum pergi kerja. Berdebush-debush idea yang keluar, berlegar-legar ayat yang hendak ditaip di dalam otak saya, tetapi oleh kerana perjalanan ke office mengambil masa yang lama, dan di office pula tiada sambungan internet, maka idea yang berdebush-debush tu hilang satu persatu.

Dan lagi, semalam contohnya. Ketika saya sedang bersemangat untuk menulis blog, mata saya ni pulak bersemangat untuk tidur makanya cubaan yang kesekian kalinya pun gagal.

So, semua orang. Bukan salah saya tak update blog. Bukan juga salah umi saya mengandungkan saya. Mungkin salah idea yang ketandusan atau mungkin juga salah idea yang singgah hanya sementara.


by,
Aimi A.Z yang berfikir nak tukar nama glamer daripada Aimi A.Z kepada Aimi Zubir... btw, glamer ke?

3 comments:

++ahlinujum++ said...

xglamer pon aimi zubir...xbes pon
ahha
aimi az gak unik bes hehe

Aimi A.Z said...

yeh? Aku pun rasa camtuh tapi kan bosan lah kalau tulis ke cakap ke Aimi A.Z mesti org tanya "A.Z tu ape?"

JesparipariBIRU said...

Aimi A.Z la weh.. bak kate kt, ade ke-UMPPPPH-annya tersendiri...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin