Saturday, August 15, 2009

Shortbread

Memandangkan hari raya yang bakal menjelma Puasa pun belum dah pikir nak raya aku pun apa lagi mestilah tengah nak cari resipi-resipi baru kuih raya untuk dieksperimen dan dijamu pada hari raya ni. So, hari tu masa kawan aku kasi rasa sample kuih raya, aku pun tetiba teringin nak buat shortbread. Aku memang suka biskut ni sejak dari kat UiTM Syu, ko yang selalu bawak untuk aku makan, kan? tapi tak pernah la nak cuba buat sendiri. Minggu lepas, aku beli bahan-bahan semua, then aku pun mengeksperimen. Hasilnya? 2 hari dah licin. Tak sempat aku nak bawak pergi office. Sian Fieza tak dapat rasa. Hehehehehe.... So, aku ni kan suka berkongsi ilmu, ni resipi yang aku guna. dapat dari sini.


INGREDIENTS

Untuk base biskut (Untuk loyang 10" x 10")
  • 150g tepung gandum
  • 50g gula kastor
  • 50g serbuk badam
  • 125g butter
  • 50g susu tepung
Untuk topping
  • 200g coklat
  • 75g coklat putih


DIRECTIONS

  1. Gaul semua bahan untuk base. Adunan akan jadi cam serbuk dan peroi2 gitu.
  2. Masuk adunan dalam acuan. Tekan sampai padat dan rata. Cucuk dengan garfu.Aku lupa cucuk ngan garfu. Sib baik jadi je.
  3. Tekan alat pemotong ke dalam adunan dan bakar pada suhu 180 degree celcius selama 15minit.
  4. Apabila biskut dah masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan biskut sejuk.



  5. Gunakan alat pemotong untuk membuka laluan kepada coklat.



  6. Cairkan coklat dan tuang coklat ke atas biskut.
  7. Cairkan coklat putih masukkan ke dalam piping bag dan start menconteng.



  8. Masukkan kembali alat pemotong ke dalam biskut. Masukkan biskut ke dalam peti ais selama 10 minit.



  9. Keluarkan alat pemotong dan Shortbread sudah sedia untuk dimakan. :P


by,
Aimi A.Z yang nak try resipi lain pulak. Any ideas?

5 comments:

nOniE said...

nak jugak..xkan fiza je dapat rasa...

Aimi A.Z said...

masalahnye cik nin, fieza pun tak dapat rasa. :P

Aimi A.Z said...

eh, apsal aku taip cik nin? aku nak taip cik non. mahap ler cik NON. :P

mugiwara said...

*drooooooolll~*

syura said...

hahaha...cik nin?? cam lain jer..leh la aku plak rase shortbread ko..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin