Saturday, September 05, 2009

Berbuka Puasa dan Berterawih di Masjid Besi

Oh, tak dilupakan ber"possing" di Masjid Besi Putrajaya! *wink*

Suatu hari di dalam bulan Ramadhan 1430H, kami sekeluarga (except for Shazni & Kak Lala) telah pergi ke Masjid Besi Putrajaya atau dikenali juga dengan nama Masjid al-Mizan untuk berbuka puasa, berterawih dan juga berposing. ayat skema cam karangan UPSR, kan? Anyway, sangat best itu masjid. Except for kena naik tangga sebab takde escalator dan kena tahan panas sikit sebab takde air-cond, yang lain semua nya sangat menarik.

Sebelum memasuki dewan solat

Masjid mana lagi yang ada fountain kat dalam nya?

Sila abaikan model yang gedik itu Sila berikan tumpuan kepada latar belakang pemandangan Putrajaya dari sisi Masjid

Mengagumi kebesaran Allah S.W.T

Apakah seorang engineer itu layar digelar engineer sekiranya tidak menikmati pemandangan column ini?

Bahagian hadapan ruang solat yang begitu unik sekali

Sangat mengagumi Masjid ini. Tahniah la kepada semua yang terlibat dalam menjayakan masjid ini kecuali Wardah. dan semoga ramai yang memeriahkan Masjid ini untuk beribadat.


by,
Aimi A.Z yang banyak sangat ber"hutang" cerita di blog...

2 comments:

iza iziana hasan said...

masjid yg sangat indah :)

Aimi A.Z said...

Iza, memang pun. Rasa best je...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin