Monday, September 14, 2009

Kisah Opah dan Ihsan

Opah

Ihsan

Opah dan Ihsan. 2 orang yang memerlukan extra attention di rumah aku sekarang ni. Opah seperti biasa dengan pelbagai penyakit orang tua, manakala Ihsan pula baru selesai menjalani pembedahan menyambungkan semula ligamen di lutut. So, Onik pun dah bertambah kerja sebab dah tambah seorang lagi pesakit. :P

Alkisah, kat rumah sekarang ni kalau seorang ber"adoii" yang sorang lagi kuat "adoiiiiiiii" nya. Adoyai! Apakah yang harus dilakukan selain hanya melihat dengan perasaan kasihan? Memang la kesian tapi, apa nak buat? Bukan boleh share rasa sakit pun tak boleh.

Tadi, ada dialog Opah dan Ihsan yang mencuit hati sesiapa yang mendengar;
Ihsan : Opah, sakiitttt....... (dengan nada keluh kesah yang sangat menyeksakan)
Opah : Sakit Yan? Opah pun sakiiittttt....... (sambil bersuara seakan-akan hendak menangis) Tapi, sakit Yan Doktor dah cakap 6 minggu sihat tapi Opah? (dengan nada seolah-olah putus harapan sambil membebel ape tah lagi) Bla, bla, bla....
Aku : Ha, tulah Yan, ko dah start. Kan Opah dah takleh berhenti.
Apa yang mencuit hatinya? Entah, aku pun tak tau. Hahahahaha. Yang aku tau tadi bila tengok muka Opah dan muka Ihsan tadi bila melakonkan dialog di atas, sangat mencuit hati. Korang tak tercuit hati sebab aku yang tak pandai cerita. Eh, ye ke?

So, kesimpulannya, sangat kasihan itu 2 orang. Semoga mereka cepat-cepat sembuh.


by,
Aimi A.Z yang tak tau lah apa plot cerita di atas...

3 comments:

nOniE said...

sangat kelakar...tambah2 bila teringat cite ko sabtu lepas..hahahaha

fawghah said...

tuhlar non!! aku pun dok gelak! kelakar mi... mmg kelakar!! hahahahahahhahahaha.... non! lagi2 part... eh berat jugak kaki nih ek?! hahahahaha...

Aimi A.Z said...

hahahaha... tu belum lagi aku cerita apa yang dia cakap kat Aizat lepas operation. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin