Saturday, September 19, 2009

Menjelang Hari Raya 2009...

Menjelangnya Hari Raya, bermacam-macam aktiviti yang perlu dilakukan. Masak memasak, kemas mengemas, mengisahkan baju raya, dan bermacam-macam lagi. So, ini adalah gambar-gambar yang sempat dicapture menjelangnya Hari Raya.


Gambar pertama: Umi & Abah yang baru balik dari pasar borong. Abah yang memproses ikan dan umi mengira-ngira duit. :P


Gambar ke-2: Percubaan pertama aku membuat kek buah kukus dengan resipi Opah. Sejak turun temurun Opah je yang buat kek buah kukus untuk kitorang makan di pagi raya, tapi memandangkan Opah sakit, aku menyambung tradisinya. Yang ajaibnya kan, tang Opah mengadu "Sakitt......saakiiitt......" Time tu gak aku tanya resipi. Terus Opah lupa sakit dia. :P Sampai Abah cakap, "lain kali bila Opah cakap sakit, tanya resipi kat Opah." Hahahahaha.....


Gambar ketiga: Adalah gambar KakLala mendecorate baju rayanya. Buat pengetahuan semua, KakLala ni tak reti pun jahit manik sebelum nih, tapi tetiba je hari ni dah panadai. Ha, jangan tak tau penangan Hari Raya... :P


Gambar ke-4: Aku tengah mencuba-cuba menganyam ketupat. Alkisahnya, sepatutnya kitorang dah order dah ketupat tapi ada masalah teknikal, kitorang tak dapat ketupat yang diorder tu. Terpaksalah buat ketupat sendiri. Sebelum ni aku anyam ketupat tak pernah nya nak jadi tapi buat punya buat.... belajar guna YouTube, then jadilah ketupat aku..


Gambar terakhir: Nilah hasilnya. Terima kasih kepada YouTube kerana Youtube lah aku pandai menganyam ketupat. :P


Itulah kisahku menjelangnya hari raya. Banyak lagi aktiviti tapi takkan semua nak amik gambar pulak. Nanti tak jadilah kerja asyik nak possing je... :P



by,
Aimi A.Z yang nak pergi bertakbir raya di masjid malam ni...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin