Monday, September 21, 2009

Raya 2009

Anak-anak Gembira Bila Syawal Menjelma
Lebih Hebat Ibu dan Bapanya
Berhabis Tak Berkira Asal Nampak Bergaya
Walau Hutangnya Panjang Berjela

Habis Raya Semua Mula Bekerja
Poket Kosong Baru Ingat Nak Puasa
Kawan Semua Buat Tak Tahu Saja
Nak Pinjam Duit Teringat Hutang Lama

*cam best pulak lagu Senario ni


Hari raya ke-2 kat Putrajaya membuktikan kami memang orang Putrajaya. Hehehehe... Tak adalah. Tahun ni tak balik Ipoh sebab keadaan Opah dan Ihsan yang tak mengizinkan kami beraya di Ipoh. So, beraya jelah kat Putrajaya. Nak cerita pun macam tak best, so jom kite tengok gambar sambil baca caption aku yang panjang lebar. :P

Inilah keluarga AZ termasuk Opah. Tak sempat nak susun cantik2 sangat sebab Opah tak boleh nak duduk lama. So, inilah hasil yang tak berapa nak cantik. Jadilah, dari takde.


Gambar kitorang selepas bersembahyang Raya. Umi tinggal kat rumah sebab jaga Opah dan Ihsan. Kitorang 6 beranak siap berposing kat Masjid Besi. Ramai jugak orang kat sana. Diorang ni tak balik kampung ke? Hahahaha


Boria anak kampung. Actually, kitorang ada Trio. Tapi, Kaklala malu nak pakai baju sama. Dia cakap cam Kumpulan Nasyid Kementerian Pelajaran. Ish3x


Anak-anak Encik AZ. Inilah pewaris harapan Encik AZ dan Puan Rusni. Seorang IT Executive, seorang Engineer, seorang Pegawai Bank (bak kata Opah) and lagi 3 orang....... tak tau lagi... :P


Cousins~


Umi dengan Adli. Siapa lagi comel?


Gambar aku takde? Sebab akulah photographer. Sian si Photographer. *sobsob*



by,
Aimi A.Z yang dah kena marah sebab janji nak kasi laptop kat Ihsan tapi dok sibuk mengupdate blog...

2 comments:

Cik Adek Manes said...

Selamat Hari Raya Aimi..

Syoknye tgk pic raye.. ! Musti happening gyler kan raye u.. ;]

Aimi A.Z said...

Selamat Hari Raya...

Hm, gambar je cam happening lebih. sebenarnya tak happening pon. dalam banyak2 tahun, tahun ni rasa macam kureng sket. tak tau apesal. :P Maybe sebab tak dapat pakai kebaya lagi kot~

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin