Wednesday, September 30, 2009

Terima Kasih Jawa Rangers~

Petang tadi, masuk je kereta, aku dengar Jawa Rangers buat topik pasal ketupat. Antara yang sempat aku dengar:
  1. Susah nak dapat makan ketupat time raya baru ni
  2. Takut takde orang yang tahu menganyam ketupat dan mengakibatkan kita beraya tanpa ketupat.
Aku pun apa lagi? Tengah drive tu sempat lagi taip:

HJ Dengan adanya YouTube, ketupat takkan hilang di dunia. Raya baru ni saya belajar buat ketupat dengan YouTube. Dapatlah 50 biji. :P
SEND TO: 33399

Lepas tu, Kiran terus je cakap. "Ini ada SMS menarik daripada AIMI. Dia cakap, dengan adanya......bla,bla,bla........" Terasa cam di awang-awangan sebab SMSku didengari di seluruh negara tu. :P Gila ar!

Terus dapat call dari Noni nak tanya aku ke AIMI yang Jawa Rangers maksudkan tu.


by,
Aimi A.Z yang patutnya suruh Jawa Rangers baca nama dia sebagai Aimi AZ, barulah semua orang kampung kenal...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin