Thursday, October 15, 2009

Bila anda tahu siapa yang membaca blog anda...

Mungkin:
  1. Anda sudah tidak menulis terus daripada hati anda kerana anda perlu bertapis-tapis untuk menyesuaikan dengan semua pembaca anda.

  2. Anda berasa risau tentang pandangan dan pendapat orang ramai tentang tulisan anda.

  3. Anda akan menjaga tatasusila di blog sendiri kerana ada yang memerhati.

  4. Anda tidak akan sewenang-wenangnya membocorkan rahsia di dalam blog kerana bimbang rahsia itu diketahui umum.

  5. Anda susah untuk meluahkan perasaan anda samada bengang, marah, suka mahupun sayang kerana orang itu mungkin sedang membaca.


Atau:
  1. Anda semakin jujur dalam mengungkapkan kata-kata kerana anda tahu bahawa kejujuran adalan kebenaran.

  2. Anda berasa seronok dan teruja untuk mengetahui pandangan orang terhadap hasil tulisan anda.

  3. Anda tidak menjaga tatasusila di blog sendiri dan cuba menjadi diri anda yang sebenar tanpa perlu berlakon dan berpura-pura.

  4. Anda akan lebih membocorkan rahsia di blog kerana blog menjadi medium utama kepada anda dan pembaca.

  5. Anda lebih senang meluahkan perasaan di blog supaya orang yang "terkena" itu terasa.


Yang mana satu pilihan kalbu?



by,
Aimi A.Z yang tiba-tiba terkeluarkan isu ni sebab baru-baru ni mendapati ada pembaca-pembaca yang tidak pernah aku terfikir akan menjengah dan menyibuk di blog yang tak seberapa nak bagus ni...

3 comments:

mugiwara said...

disebabkan konsep aku adalah 'ini apa yang aku lihat dan ini bagaimana aku lihat' maka aku buat saja apa yang terfikir oleh aku.

tapi rahsia tetap rahsia beb!

noname said...

sama dengan pendapat mugi..

kalo dah rahsia, tetap rahsia

Aimi A.Z said...

Rahsia yang dimaksudkan bukanlah rahsia besar mahupun rahsia kerajaan negeri, tapi lebih kepada gosip2 liar... :P

btw, sapelah noname tuh? apsal ko xde name? kesian. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin