Sunday, October 04, 2009

Irma Asyura & Raja Abdul Rahman

Semalam, bersamaan dengan 3 Oktober 2009, termeterailah ikatan perkahwinan di antara Irma Asyura dan Raja Abdul Rahman. Setelah berkawan selama berapa tahun, dan selepas bertunang selama setahun, mereka pun diijabkabulkan. Kepada Syura dan Aman, Congratulations... Doakan kitorang pun ikut jejak langkah korang! :P dan kepada mereka yang tak dapat menghadiri majlis diorang yang gilang gemilang, nih gambar aku post khas untuk korang. Baik kan Aimi A.Z nih?

Sama cantik, sama padan. Bak pinang yang perfectly dibelah dua.


Rombongan Cik Kiah kami ke rumah Syura bermula dari pukul 7.30 pagi lagi. Janjinya nak berkumpul di Shah Alam pukul 7.30 pagi, tapi sebab kena menunggu ada "seorang tuh" so, masa official kitorang berkumpul adalah 8.00 pagi. Rumah Syura (Behrang) dengan Shah Alam just sejam perjalanan tapi saje je pergi awal, sebab nanti kalau lambat sampai Syura sedih pulak, dah la tak datang dia bernikah. Betul tak Syu? Sampai kat rumah Syu dalam pukul 10.30, and masa tuh pun Sang Pengantin masih belum bersiap lagi. Tapi, bergambar mesti tetap bergambar. Tu wajib!


Itu kot agaknya yang si Syura cakap dalam hati. Tapi senyum kene maintain.


Sementara Syura bermake-up dan bersiap, kitorang pergi menjamu selera dengan Nasi Minyak bersama Gulai Kawah dan Acar Buah yang sedap. Lepas tu apa lagi? Possing la. Walaupun Pengantin tengah bersiap dalam bilik, kitorang layankan aje bergambar kat luar bilik. Ish3x. Apa nak jadi anak-anak dara ni? Bukan nak pergi tolong-tolong kat dapur... :P

Bergambar banyak-banyak walaupun tanpa Pengantin


Syura yang sedang bermake-up tahan geram je dengar kitorang bising-bising kat luar bilik


Selepas Pengantin bersanding dan makan beradap, tibalah masa yang dinanti-nantikan yakni bergambar (bergambar lagi?) dan dalam banyak-banyak gambar, gambar ni yang paling aku suka. I like....

Best kan gambar ni?


...dan ini gambar terakhir khas buat korang yang membaca blog ni...


Kepada Syura,
Dah kawin dah ko kan. Cepat-cepat dapat baby, aku tak sabar nak dengar anak ko panggil aku Kak Amy. and lepas ni jangan la jelous tengok gambar kitorang pergi vacation dan berpoya-poya. Sebab memang lepas ni kitorang dah tak ajak ko dah.

Kepada Aman,
Jaga Syura baik-baik. Kalau dia malas-malas, buat jelah apa yang patut...

Kepada Syura & Aman,
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Doakan kitorang pulak and wajib pergi majlis kitorang nanti.


Lepas kenduri sempat layan durian jap...



by,
Aimi A.Z yang tak sabar nak tengok lepas ni giliran siapa pulak...

7 comments:

++ahlinujum++ said...

jeles sbb xdpt pegi neh
siut jer kene keje
tp keje sume xsiap
waaaaaa
pasni aku plak yg kawen haha

mugiwara said...

pergh~

lepas sorang..sorang...

aku tunggu gambar kau pulak ye~

:p

Aimi A.Z said...

ye ke KT? baguslah... sape jejaka yang bertuah tuh? hahahahaha...

azrol. ko tunggu gambar sape? aku ke KT? hahahaha

++ahlinujum++ said...

haha jejaka tuh sgt malang lah wei

syura said...

mekaseh wahai kengkawan ku yg meriah..dr dlm bilek time make up tu geram je aku nk join rsnye..haha...xde kak amy,aku soh pggl cik Mi, cik non,cik la,cik fiza,cik zu,cik KT,cik hani,cik wada..yg penting sume stat dgn cik..no kompromi..he..

Aimi A.Z said...

eleh syu. aku nak suruh panggil kak amy pon takleh. kang panggil aku cik mi kang sampai ke tua aku jadi CIK kang....

mugiwara said...

kau pun sama la, aimi~

weh, nnt panggil ko 'acik' la susah2 sgt~

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin