Sunday, October 11, 2009

Nikah, Sanding & Open House

Banyak sangat aktiviti yang berlangsung untuk hari ini. Kalau nak cerita secara detail, muntah berdarah pulak korang membaca blog entri aku ni. So, untuk menyenangkan korang, aku cerita "Sipnosis" aktiviti aku pada hari ini sekaligus meletakkan hanya satu gambar bagi setiap aktiviti. Yup, SATU je. Takde 2 mahupun 3. Aku kedekut hari ni. :P

Aktiviti Pertama

Tempat: Klang
Event: Pernikahan Cousin-ku



Ni adalah pernikahan cucu Opah yang pertama. and memang abang Di ni cucu sulung Opah. So, kira memang patut la dia yang first kahwin walaupun umur dia dengan Kaklala sama je. Oops! Aku ada cerita pasal abang Di kat sini. Tentang bagaimana dia couple dengan orang lain selama 6 tahun and end up kahwin dengan orang lain. So, kepada sesiapa yang berkenaan, jangan risau. Mungkin kisah cinta anda macam kisah cinta mereka ini. Jodoh pertemuan tu kan dah ditetapkan. Cam cakap kat diri sendiri je. :P

Btw, kepada Kak Nani, Welcome to the Family!


Aktiviti Kedua

Tempat: Dewan MBSA Seksyen 19
Event: Persandingan Aman & Syura



Selepas ke Klang, aku & pakej (Kaklala & Wawa) menjelajah ke Shah Alam. Ni adalah perkahwinan mereka di belah pihak pengantin lelaki. Tema hari ni adalah Black & Silver. AbangDi & Kak Nani tadi pun pakai Black & Silver. Seperti biasa, kitorang mestilah bergambar and bergambar. dan kali ni jangan risau, gambar pengantin lagi banyak dari kitorang. *ngehngeh*

Pesanan untuk Syura: Mak ko cakap, kitorang ni kawan yang setia. and mak ko cakap lagi if ko tak pergi kenduri kitorang nanti, bom je ko. Mak ko yang guna ayat tu tau. Bukan aku. So, takkan tak faham-faham lagi?


Aktiviti Ketiga

Tempat: Rumah Farah Adeela
Event: Open House



Aktiviti yang terakhir adalah beraya di rumah Farah Adeela. Menu setiap tahun mestilah mantap-mantap. First sekali kitorang makan Blueberry Cheesecake, sebab takut kalau tak makan awal-awal nanti tak dapat rasa. Boleh tak? Tak sempat nak bergambar kat rumah Farah sebab kitorang datang time ramai sangat orang, then malu nak bergambar. Lagipun Farah sibuk, tak sempat layan kitorang. Takpe2, takde hal-lah. Kitorang berjaya melayan diri sendiri dengan jayanya. Sebab tu jugaklah kitorang berjaya tangkap gambar ni dekat depan rumah jiran Farah.

Tengok Farah, nak jugak gambar yang ada kaitan dengan ko sampai gambar depan rumah jiran ko pon jadi kitorang ambil. Hahahahaha....



So, itulah aktiviti aku di hari ini bersamaan 11.10.09...



by,
Aimi A.Z yang tengah upload gambar di Facebook sambil berblog...

4 comments:

fawghah said...

aku sampai hari rase penat open house hari tuh!! sampai emo 2-3 hari!!! adoiii....
kalo kawin.. taktau ar... sure 2-3bulan emo!! ahahahaha

syura said...

oit farah, bile kawen 2-3bulan sebelum tu dah start emo dah..tp lepas tu dh xde emo2 dah..haha..

syura said...

setia ke???hahaha..okeyokey...neway, thanks ye kengkawan..jgn riso,aku benarkan korg bom aku bile aku tak gi wedding korg nnt..tp bile ek??hehe..ade sesiapa ingin menjawab?

Aimi A.Z said...

hm? cam pelik je bunyi soalan ko tuh syu.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin