Wednesday, October 14, 2009

Suratan atau Kebetulan?

Suatu hari di tahun 2005, saya ada memblog sesuatu berkenaan lagu Suratan atau Kebetulan nyanyian Keny, Remy dan Martin di Friendster's Blog. In fact, post entry itu telah saya pastekan di sini. Kini setelah 4 tahun berlalu, alangkah terkejutnya bila saya mengecheck Gmail saya dan mendapati ada satu komen yang telah ditinggalkan untuk blog entri itu. Adakah ianya suratan ataupun kebetulan? Hahahahahahaha.... Comment nya berbunyi;


So, untuk menjawab pertanyaan Cik Kirana dan memberikan pendapat kepada beliau, saya mendedicate entri ini untuk beliau. Baik kan saya? :P


Cik Kirana,

Terlebih dahulu ingin saya menyatakan perasaan saya yang sangat teruja apabila mendapati bahawa ada manusia-manusia di luar sana yang sudi membaca catatan saya yang tak seberapa ini dan seterusnya meminta pendapat daripada saya. Siapalah saya ini untuk memberikan pendapat, diri sendiri pun tak sependapat. Tetapi, saya usahakan juga memerah otak memikirkan jawapan yang sesuai untuk pertanyaan Cik Kirana dan memberikan pendapat yang bernas untuk panduan kita bersama.

Mengenai pertanyaan Cik Kirana, "Apakah mungkin kebetulan itu tidak akan menjadi kenyataan?" Apakah sebenarnya yang Cik Kirana maksudkan di sini? Kebetulan is a kenyataan, isn't it? Sekiranya sesuatu kebetulan telah terjadi, bermakna itu adalah satu kenyataan. Ternyata kejadian itu terjadi. But, the thing is, apakah kebetulan tuh sebenarnya bukanlah kebetulan tetapi adalah satu suratan yang akan memberi perbezaan di dalam diri kita?

Mengenai maksud ayat saya itu, saya sebenarnya merujuk kepada kes "a friend of mine" itu. dalam kes dia, munculnya "kekasih" lamanya setelah beberapa lama. So, kalau dia anggap itu suratan, then mungkin akan terlahirnya perasaan terharu dan cinta berputik kembali. Manakala sekiranya dia merasakan bahawa itu adalah kebetulan semata-mata, mungkin dia akan mengabaikan perasaan hati dia dan cuma berkawan dengan sang jejaka. Saya rasa itu yang saya makssudkan dengan ayat itu.

So, kesimpulannya, kita takkan tau sesuatu perkara tu adalah suratan atau kebetulan semata-mata...

Sekian.


Nota Kaki: Tak rasa cam bengong ke reply comment Cik Kirana macam ni. Dia comment setengah perenggan, aku balas berperengan2... Muehehehehehehhe



by,
Aimi A.Z yang rasa best jugak buat Forum Soal Jawab dalam magazine....

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin