Saturday, November 21, 2009

F&F: Nikah Ceremony

20 November 2009, bersatulah dua hati dua jiwa... Ehem, tak sesuai betullah aku ni nak mengarang ayat yang berbunga-bunga seperti bunga-bunga segar di hari pernikahan Faiq & Farhana tu. Tulis banyak-banyak pun tak guna, kita teruskan dengan gambar pilihan aku untuk kali ini.

Dua gambar ni adalah gambar yang aku paling suka, sebab cam gambar profesional. Hahahaha.... Sampai Nas tanya "Aimi, ko ada belajar tangkap gambar ke?" Tak taula Nas perli ke apa, tapi aku anggap itu pujian semata-mata. *kembang sat*


Sedang menunggu Sang Putera kah?

Cuba teka milik siapakah jari jemari yang runcing itu?


Overall, aku rasa majlis Farhana ni simple tapi sangat sweet. Warna Putih & Pink menjadi tema sesuai dan sangat mengikut pilihan kalbu. and fresh flowers, sangat refreshing. Suka lah aku. Makanan pun sodap tapi ni aku dok pening sebab makan daging banyak sangat kot. Hehe.... Aktiviti kitorang (aku & Wardah) selain makan adalah mengacau Farhana bergambar. Si Photographer dok suruh Farhana possing itu ini, kitorang pon apa lagi, curi tangkap la. Menjadi Paparazi. Jangan marah ye Farhana (oh, Faiq pun jangan marah, ye?)

Puan Farhana

Mengikut kata Si Photographer

Mr. & Mrs. Faiq

Sangat cantik itu background

Kasut Pengantin


...dan ini gambar kami bersama Pengantin. Kepada Ili, Aiza, Ppink & Nas, Farhana dah pesan, tema adalah Pink. That's why baju-baju diorang ada tona-tona Pink, dan aku & Wardah buat tema sendiri, Turqoise. Pastu sang Photographer tu cakap, "Turqoise, dok tengah." Tulah reasonnya kami di tengah. Menarik tak cerita aku ni? Hahahahaha.....


So, lastly pose menarik daripada Faiq & Farhana;

Semoga berbahagia ke anak cucu.
Amin.

by,
Aimi A.Z yang dah gian nak mengupdate blog tu yang cepat je update pasal event yang baru berlaku tadi...

6 comments:

Nas said...

baru sampai rumah..trus bukak blog ko..sbb faizatul (pengapit faiq) bgtau ko dah update..haha!!

btul aimi!aku sokong!simple but sweeetttttt sgt!warne2 die manisssnyeeeeee...

ok,tggu aku update blog..cable kamera tetinggal kt opis..huhu...

Aimi A.Z said...

Cepatnya berita tersebar~

FARHANA JAMIL said...

aimi, tq sgt2 sebab masukkan gambar2 wedding aku dlm blog ko nih...aku x sempat nak update, maklumlah takkan pengantin amik gambar sendirikan...thanks a million sbb dtg.

Aimi A.Z said...

Farhana, aku tau ko tak sempat nak update, so aku tolong la updatekan. Lagipun, sian kat kawan-kawan yang tak datang, sure diorang nak tgk camne rupenye majlis ko. Hahahahaha... Anyway, congrats... :P nanti jgn lupe datang wedding aku yang tah bila tu ye? :P

farhana said...

Insyaallah, kalo ko jemput aku mesti dtg punye....

Aimi A.Z said...

Owh, itu dah mesti. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin