Monday, December 21, 2009

25 Things I Realize Today...

  1. It's December and it's the end of 2009. Rasanya baru semalam aku tulis entri pasal New Year and my New Year's resolution.

  2. Sudah 2 tahun saya menjadi engineer. Rasanya baru semalam saya mencari kerja dan diinterview untuk menjadi engineer.

  3. Sudah 2 tahun saya bekerja di tempat yang sama. Walaupun kadang-kadang bosan, dan kadang-kadang saya complaint tentang kerja saya dan gaji saya, saya masih di sini.

  4. Sudah hampir 3 tahun blog ini beroperasi. Coretan pertamaku adalah pada 29 May 2006.

  5. Sebanyak 273 posts telah dicoret dan hanya 264 posts sahaja yang dipublished. Mungkin post yang tak dipublish itu tidak sesuai dengan tontonan dan bacaan semua pihak.

  6. Blog ni telah mengumpul sebanyak 20 follower je dan berapa banyak entah silent reader...

  7. ...dan lebih kurang RM100 telah diberi oleh Nuffnang tetapi belum dicashkan sepanjang penglibatan aku dengan Nuffnang.

  8. Saya telah menggenggam segulung diploma dan segulung degree. Tinggal sedikit masa lagi dengan keizinan-Nya saya akan menggenggam segulung Master pula.

  9. Sudah ramai kawan-kawanku yang telah mendirikan rumah tangga. Sedangkan aku... (sambung di No. 10)

  10. ...masih single dan masih belum mempunyai calon yang sesuai untuk dijadikan calon...

  11. ...dan saya sangat suka lagu Cari Jodoh by Wali sekarang ni. *wink*

  12. Aku berusaha untuk meninggikan taraf hidupku dengan berbisnes. Dari coklat hingga ke kain, macam -macam aku usahakan.

  13. Saya sudah mula mengumpul harta dunia. Antara harta yang bernilai selain ilmu pengetahuan adalah my MyVi.

  14. Aku sudah mula menjinak-jinakkan diri untuk mencapai cita-cita terpendam aku iaitu; Wedding Planner.

  15. Tahun ni tak banyak aktiviti Cuti-cuti Malaysia. Cuma ke Pantai Timur, Port Dickson, dan ke Kedah. Mengharapkan tahun 2010 yang mendatang akan banyak lagi trip-trip yang menarik dan best! :P

  16. Saya menunjukkan effort untuk menurukan berat badan tetapi nampak macam berat saya tetap tak mau-mau turun. What to do?

  17. Saya rasa sangat bersyukur kerana dilahirkan di dalam keluarga yang bahagia dan... (sambung di No. 18)

  18. ...dikelilingi oleh orang-orang yang mengambil berat dan menyayangi diri ini. Ahakz! Ye ke?

  19. Saya sudah menyediakan satu senarai panjang tentang ciri-ciri suami lelaki idaman saya tetapi saya belum bersedia untuk berkongsi dengan orang ramai.

  20. Aku mempunyai satu idea gila untuk direalisasikan, cuma tinggal masa dan saat yang sesuai untuk dilaksanakan. Just wait and see...

  21. Aku sedaya upaya menambah ilmu pengetahuan dengan membaca baaaanyaaaak buku...

  22. Sudah hampiur 8 tahun saya meninggalkan alam persekolahan. Lamanya...

  23. Aku masih tak pasti adakah aku akan menjadi seorang engineer sehingga ke akhir hayat aku.

  24. Saya baru perasan yang saya menulis entri ini sambil menonton drama Kau dan Aku di Astro Ria. What?!

  25. and most importantly... I'm 25. and there's nothing that I can do to change it. So, live life the the fullest and make every second counts!


by,
Aimi A.Z who turned 25 today...

6 comments:

nOniE said...

tahniah aimi..banyak jugak benda yang ko dapat sedari dan kecapi..hahaha.....
xpe,bab jodoh tue...kita akan jumpa jugak...kita kawin sama2 tahun depan ye..ahaks...(poyokan je)

+ahlinujum+ said...

wah nonie nak kawen thn dpn. aimi pon?
aku doakan hehe
25. suku abad hidup. tahniah!
cmne aku lebih tua dr ko?

syura said...

alhmdulillah aimi..byk dh pencapaian ko dh 25thn ni,he..korg kn mega pojek 2010.aku tggu je.nk sebrg advise dr aku amat dialu2kan.haha..gudluck aimi..

mugiwara said...

mesti kau bersusah payah tunggu untuk jadi manusia suku abad.

aku agak saja.

yay!
aimi dah besar~

Aimi A.Z said...

Noni. Aku tak janji. Ko kawen la dulu. susah plak kite kawen same2 nnt takleh tolong sesame sendiri.

KT. aimi tatau lagi, tapi kalau doa ko termakbul bagus gak. dah ko lahir dulu mestilah ko lagi tua<--jawapan skema.

syura. ape yang mega projek 2010 tu? apasal aku tatau pon. :P

En Mugi. aku taklah bersusah payah menunggu. aku bahagia je macam ni~ :P

syura said...

mega projek 2010 = wedding of da' year korg la..he..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin