Tuesday, December 22, 2009

Dual Celebration: Year 2

Credit to Wardah untuk tajuk di atas: Dual Celebration. Year 2 pulak kerana ini tahun ke-2 kami (Aimi & Wardah) meraikan hari lahir kami bersama. Kalau tahun lepas bertempat di Penang Village, Alamanda, tahun ni pulak bertempat di Seoul Garden, Plaza Pantai. dan kalau tahun lepas kami meraikannya berdua sahaja, tahun ni lebih meriah lagi dengan kehadiran rakan taulan yang lain. Tapi semua orang pun kena belanja diri sendiri. Almaklumlah, semua pun sedang cuba untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Takpe, lain kali ada rezeki lebih Wardah belanja ye kawan-kawan. Hahahahaha....

So, aktiviti pada malam ini ada 3 sahaja. Main aktiviti mestilah makan. Aktiviti ke-2 ialah bersembang dan berkongsi lawak-lawak bodoh dan aktiviti yang hampir dilupakan adalah bergambar. So, kita layan gambar dululah sebab tak banyak pun gambar yang menarik selain kitorang yang memang menarik. :P

Aimi & Farah Adeela

Wardatul Baidha & Norhafiza

Noraspalela


Oh, hampir terlupa. 22 Disember dipilih untuk berlaku adil kerana Aimi lahir pada 21 Disember manakala Cik Wardah pula lahir pada 23 Disember. Happy Birthday to both of us. Semoga semua impian kita menjadi kenyataan. Begitu juga dengan impian-impian anda di luar sana. :P

...dan terima kasih kepada semua yang menjayakan dual celebration ini dan kepada mereka yang tak dijemput, ampun dan maaf dipinta. Sesungguhnya, setiap yang terjadi itu ada sebab yang kukuh disebaliknya.... Renung-renungkan dan selamat beramal!



by,
Aimi A.Z yang sangat suka hati dan sangat kenyang perut...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin