Tuesday, December 15, 2009

Jodoh tak datang bergolek...

Cuba bayangkan kalau jodoh datang bergolek....

"Eh, eh, jodoh aku dah datang dah tu" Sambil menunjuk kepada orang yang tengah bergolek-golek kat depan kita. Hahahahahahaha.... Sungguh lawak.. :P

Btw, terbaca satu artikel dengan tajuk di atas dalam Harian Metro dan aku agak setuju dengan kenyataan tu. Selama ni orang asyik cakap, REZEKI tak datang bergolek tapi kini: JODOH pun tak datang bergolek. Kita ambil contoh yang paling dekat iaitu: aku.

Kalau pasal REZEKI, memang usaha aku setimpal dengan doa. Maksudnya, aku berusaha bersungguh-sungguh dan dalam masa yang sama aku juga berdoa agar dimurahkan rezeki. Memang usaha yang aku lakukan nampak lah dengan mata kasar. Aku pergi kerja, aku berbisnes, aku "bercucuk tanam". So, akan nampaklah hasilnya yakni REZEKI.

Tapi bila cakap pasal JODOH, tak nampak usaha yang aku lakukan. Doa, semua orang pun berdoa. Tapi usaha? Tak pula aku pergi mengorat orang kat sana sini. Tak pula aku mengiklankan diri untuk mencari seorang yang bergelar suami. Tak juga aku terhegeh-hengeh senyum sumbing kepada mahluk-mahluk yang aku rasa sesuai menjadi suami kepada Aimi A.Z. So, itulah sebabnya JODOH tu tak melekat.

My point is, aku sangat-sangat setuju dengan perumpamaan JODOH tak datang bergolek seperti mana aku setuju dengan perumpamaan REZEKI tak datang bergolek. Cuma aku memang belum berusaha ke arah itu dan memang mengharapkan JODOH aku akan datang bergolek. Boleh tak?


by,
Aimi A.Z yang tau, tapi tak ambil tindakan. What to do?

4 comments:

++ahlinujum++ said...

aimi jom kite golek2 pegi kt sape2 mesti dorg kate 'owh jodoh aku dah dtg bergolek2' hehe

Aimi A.Z said...

hm, bagus gak idea ko tuh, tak terpikir plak aku. Hahahahaha.....

syura said...

Happy besday cik aimi..turn to 25th..so,time yg canteq utk 'mencari' and 'dicari'..semoga pintu hati ko terbuka utk sape2 yg dh ade di depan mata tanpa disedari or sesape saje yg dijumpai. semoga Allah berkati jodoh ko nnt.amin...hehe..sentimental plak.

Aimi A.Z said...

Hahaha... Thanks Cik Syura. Amat bermakna sungguh kata-kata ko di hari ni. Amin... :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin