Friday, December 04, 2009

Layang-layang Terbang Melayang di Taman Layang-layang

Ini adalah aktiviti kami di hari minggu yang lalu. Lama dah hendak diupdate tentang peristiwa ni tetapi kerana kesilapan teknikal, gambar ni baru habis diupload kesemuanya hari ini. Terima kasih kepada Cik Wardah. Anyway, seperti yang tertera pada tajuk entri di atas dan sepertimana yang tergambar dalam gambar di bawah, kami pergi bermain layang-layang. Lokasinya adalah Kepong dan pemain layang-layangnya ada 3 orang; Aimi, Noni & Wardah.

Sampai-sampai di lokasi, semestinya kami membeli layang-layang. dan ini adalah pilihan kami. Aimi mestilah pilih yang colourful dan Wardah pilih Batman. Tu pun sebab dia tengok Batman orang melayang dengan megah sekali di awan biru. dan Noni, hanya menyetujui pilihan kami. :P

Kami bersama layang-layang yang dibeli


Oleh kerana keadaan kami yang agak 'pro', kami menang kategori Menggulung Benang Layang-layang dan Kategori Kedudukan Layang-layang yang Paling Banyak Mencecah Tanah. Muahahahaha... Eh, lupe pulak, Wardah menang tempat ke-2 Lari Paling Laju dikalahkan oleh seorang budak India. Bolehlah dari takde, ye tak? *grin*

Aimi bersama Batman

Nampak tak Noni kat belakang tu?


Sedang kami syok bermain, hujan turun dengan lebatnya. Mula-mula Noni dan Wardah yang degil main jugak dalam hujan tapi bila makin ramai orang yang blah dan hujan pun makin mencurah, kitorang pon decide untuk berteduh dan ape lagi? Possing lah.....

Wardah tak puas hati sebab dia cakap layang-layang colourful lagi menyerlah dalam gambar, so dia pun mengabaikan Batman. Ceh!


Lepas hujan reda, kami pun bermain sampai ke magrib. Tu je la ceritanya. dan ini gambar yang paling eksklusif pada hari tu;

"Hidup ni umpama layang-layang. Susah nak naik, tapi once dah berada kat atas, dia susah nak jatuh. Unless ada angin or cabaran yang kuat yang memaksa layang-layang...terputus talinya" kata Noni.


Batman berkata "Udah-udahlah tu, jom sembahyang Maghrib"


Nota Kaki: Sabtu ni cadangnya nak pergi main layang-layang lagi. Kat Bagan Lalang. Sesiapa nak join? Jomlah. The more the meriah. Lepas tu boleh dinner sekali kat tempat feveret Wardah.


by,
Aimi A.Z yang kompem kene marah keluar hari Sabtu ni sebab Christmas Deco for Chocs tak siap lagi...

4 comments:

Sara AZ said...

uish, cam best jer main layang-layang ni. bile ko nak bw aku n wawa plak??

Aimi A.Z said...

memang best pon. eleh, aku ajak minggu lepas tamau. jom esok. Ha, tamau gak... Hahahahaha

farhana said...

aimi, aku slalu jogging kat situ ngan faiq....tp pagi la...

Aimi A.Z said...

O, ye ke? best kan kat situ? :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin