Saturday, January 23, 2010

Handmade Cards...

Kalau anda mengenali Aimi AZ dari sekolah, anda mesti tahu yang Aimi AZ suka membuat handmade cards untuk apa saja acara pun. Nak kata sangat kreatif tu taklah, tapi sikit tu adalah. Naik lif, tekan sendiri. Tapi semenjak meninggalkan zaman asmara asrama, aktiviti yang menarik tu seakan ditinggalkan tapi kekreatifan tuh masih ada somewhere dalam diri Aimi AZ ni. Sehingga berangan-angan nak buat handmade cards untuk wedding invitation aku nanti. *Ngehngeh*

So, berbalik kepada tujuan asal entri ini ditulis. Recently, aku terjumpa satu blog ni yang bukan saja membuat, malahan menjual handmade cards. and sempena their first blog anniversary, diorang nak kasi giveaway kat reader diorang and aku harap aku dapat menang giveaway tu. *Mengharap sangat nih* Mungkin giveaway tu nampak macam biasa je bagi sesetengah orang tapi untuk orang yang kreatif macam aku ni, giveaway tu sangat berharga dan aku akan menmanfaatkan. Janji!


Ni giveaway yang diorang nak kasi.


Eh, lupa pulak nak cakap diorang itu adalah HammieHeartWork. So, alang-alang meh aku promote sekali diorang ni. Bodek la kunon sebab nak menang giveaway. Kad-kad diorang memang sangat kreatif. Or should I call "dia"? Kad-kad dia sangat kreatif. Seriously! and nampak elegant dan sangat exclusive. Memang tak pernah deal directly and undirectly dengan dia, cuma selalu mengkagumi hasil karya dia dari jauh. dan ini adalah antara kad-kad yang aku sangat suka;



Semua pun suka, tapi yang paling-paling suka ni dua lah. So, sesiapa yang mau tempah or mau bersaing dengan aku untuk merebut giveaway tu, log on to http://hammieheartwork.blogspot.com/ untuk lebih info.


Sekian.



by,
Aimi A.Z yang tau dia pun boleh buat benda-benda macam ni cuma antara malas atau rajin je. :P

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin