Wednesday, January 20, 2010

♪ ♬ Lagu Berhantu ♬ ♪

Nih bukan lagu berhantu as if ada hantu nyanyikan lagu ni, tapi lagu yang dok menghantui dalam kepala otak kita akibat terdengar lagu ni kat radio or mana-mana. Tensen gila kot~ Sampai aku ketuk-ketuk kepala sambil cakap "Keluarlah..." Colleague aku kat sebelah dah pandang semacam je. Hahaha... Maunya tak, aku buat kerja je bunyi;

Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...

Aku tengah termenung je automatik terhumming;

Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian

Even tengah buat air pun dok terngiang-ngiang;

Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...

Tapi, yang paling tak boleh tahannya nak sembahyang pun sempat lagi;

Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa


Ish3x... apa nak jadi la Aimi ni? Ni pun nasib baik malam ni dah hilang dah lagu berhantu ni dalam kepala otak aku, kalau tak habislah; Mimpi kain putih lain pulak kang. :P




by,
Aimi A.Z yang salahkan Hot FM sebab putarkan lagu berhantu Cinta Kain Putih ni...

4 comments:

mugiwara said...

masa final sem dlu, lagu ni dh mnghantui aku....nk dkt hntr projek. lagi lah bertambah tensen aku!

tabahlah aimi....


kuikuikui....

Aimi A.Z said...

so, ko nak kata lagu ni memang berhantu lah? Hahahaha

nOniE said...

aimi lagu nie memang aku suka sangat..
ada satu pagi tue kuar kat HOTFM (benda yang jarang berlaku)..aku pun nyanyi kuat2 dalam kete masa OTW g keje...hehehe

Aimi A.Z said...

mase hari keluar kat HotFM tuh la tengiang2 lagu ni sampai ke poetang. aku suka pun jadi benci. ceh!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin