Sunday, January 03, 2010

Man & Min: Nikah & Sanding

Majlis bermula di hari pertama dalam tahun 2010. Man & Min disatukan dalam satu majlis yang sederhana tetapi sangat meriah, dimeriahkan oleh kami yang memang meriah. *wink* Kita mulakan dengan majlis pernikahan dan diikuti oleh majlis resepsi.

Untuk pernikahan, warna putih menjadi tema sang pengantin. Where as bagi kami sang family pula haruslah memakai baju base putih (untuk perempuan) dan juga baju cream (untuk lelaki). Oleh kerana bajet masing-masing yang tak berapa nak cukup, maka semua orang pun pakai jelah baju ikt suka. :P Tapi kebanyakan orang memang mengikut tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Syabas! (ayat tak boleh blah!)

Nilah gambar-gambar di hari pernikahan Man & Min yang aku rasa macam nak share. Dimulakan dengan gambar sang pengantin.

Eh, silap. Ni gambar pengantin lapuk.

Ha, ni baru gambar pengantin yang sebenar.

..dan kami sefamily bersama sang pengantin...


Untuk hari resepsi pula, sang pengantin memilih tema turqoise. dan kami pihak keluarga perempuan diminta memakai rona kelabu sepaya tidak mengover shadow sang pengantin dan segala kerusi meja yang berwarna turqoise. Macam masa pernikan masing-masing dengan bajet masing-masing maka warna adalah caca marba. Tapi, tak kisahlah, janji kami happy. Dimulakan dengan gambar ketibaan rombongan pengantin lelaki.

Ketibaan rombongan pengantin lelaki

Kami sefamily lagi. Kebanyakannya memilih warna hitam. tapi tengok warna kelabu di tudung aku, sungguh mengikut tema.

Wedding Planner bersama sang pengantin
(Encik Wedding Planner masih bujang, siapa berminat boleh hantarkan resume)

Turn kakakku pula selepas ni, tapi siapakah gerangan si abang ipar?


Promote jap! Kalau ada sesiapa nak diperkenalkan kat kakak aku, bolehlah dibuat menerusi aku. Umur 27 tahun, bekerja sebagai IT executive dan of course single & available. Syarat mak aku senang je; mestilah sembahyang 5 waktu & huggable (maksudnya taklah sama baya ngan mak aku sampai dia nak peluk pun tak teringin). Senang je kan? So, anything inform aku. :P (matilah aku kene marah ngan KakLala. Haha! Sori, sis!)


So, kepada sang pengantin;

Congratulation!

Semoga berbahagia ke anak cucu.



by,
Aimi A.Z yang menaip blog di saat-saat semua orang sedang sibuk melayan mimpi dan keletihan akibat hari yang sangat panjang semalam...

6 comments:

Sara AZ said...

amboi, lawa gmbr aku ko edit! takyah aku sesusah nak edit bagai.

27y.o, huhuhu, im that old kah??? demmm, apsal rase muda lagik.

eh tu requirement mak ko, mana requirement aku??? mana mana???

Aimi A.Z said...

Thanks! bukan kene edit ape pun. expression muke sume dah cukup. ko tu prasan muda je, padahal... ish3x

and ko nye requirement tak yah. biar amy je tapiskan untuk ko. hahahahahaha......

P/S: jangan marah ye? :P

syura said...

aku nk rekemenkn kt kakak ko.hahah..die brumur 27thn, sebagai acount axec. hometown shah alam. hehe..kak lala jgn mara ye..

Aimi A.Z said...

Weh Syu. Tuh yang pengapit Aman hari tu ke? Ha, leh gak tu. Hahahahahaha

Sara AZ said...

syura, k.lala tak marah pun. dah imun dah. hahaha

Aimi A.Z said...

la. ye ke kak lala dah imun? :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin