Monday, January 04, 2010

Paintball a.k.a Bebola Cat

Bertempat di Kombat Zone Paintball kami pun bermain paintball. Buhsan gile intro! Bak kata Noni, dah lama dah teringin main paintball tapi dek kerana keadaan kewangan dan keadaan geng yang tak mencukupi, baru kali ni berkesempatan bermain. Itu pun sebab Cik Draughtman mengajak bermain bersama dengan kawan-kawan dia dan aku pulak buat-buat tak malu dengan menjoin diorang bermain. Siap bawak Noni untuk mengcover malu. Walaupun aku dan Noni agak pemalu tapi sangat best bermain paintball walaupun tak reti sangat main. :P

Kombat Zone Paintball berkonsepkan jungle zone. Kira macam askar-askar yang sedang berperang la. Kawasan dia sangat besar sampai tak nampak kat mana musuh menyorok. Dengan bayaran RM75 dan berbekalkan 500 bebola cat, kami menjalankan 5 misi. Misi pertama dan kedua dijalankan di kawasan di bawah manakala misi ke-3 dan ke-4 dijalankan di kawasan hutan dan semak samun. Masa kawasan hutan dan semak samun lagi gila sebab kene crawl dalam semak. Musuh memang tak nampak so apa lagi? Tembak melulu jelah. Ish3x


Ni kawasan untuk misi pertama dengan kedua


Aku sebenarnya buat silap besar dengan memakai tudung putih. Itu menjadikan aku sasaran mudah untuk diorang sebab diorang akan nampak bila aku bergerak. So aku asyik kena tembak di kawasan kepala dan muka dan mulut. Berapa banyak kali aku dapat 'rasa' bebola cat. Hampeh betul. dan sebab tu jugaklah tudung aku yang putih bertukar menjadi kuning di akhir permainan.

Ada satu kes lagi di mana aku cuba menyorok di balik tong. seperti gambar di atas. aku ingat aku dah selamat menyorok, rupanya aku tak cukup kecil untuk tong tu. eh, sebenarnya tong tu yang tak cukup besar. dan aku tau aku tak berapa nak menyorok sebab aku kena tembak juga akhirnya. Hampeh! dan ini adalah gajet-gajet untuk bermain paintball.


Mask

Marker


...dan lastly gambarku berposing di hadapan War Zone...


Thanks to Noni untuk semua gambar di atas. ada photographer sebenarnya hari tu tapi gambarnya belum dapat. Anything check kat Facebook saya ye? tapi, akhir skali ada satu gambar yang nak disharekan. iaitu gambar aku dan Noni. dalam gambar ni nampak sangat Noni kecik saaaangaaaat daripada aku. Nampak sangat aku dah gemuk yang melampaui batas. Apa nak jadi ni Aimi oi?




So, kesimpulannya aktiviti yang sangat menarik dan menyihatkan. Alangkah bagusnya jika dapat main ngan geng-geng sendiri pulak lepas ni. :P



by,
Aimi A.Z yang nak main paintball lagi nanti...

12 comments:

nOniE said...

aimi..xde mananya aku kecik saangaat dari ko...kita sama je la...heh

Aimi A.Z said...

eh, mane de non. nampak sangat bezanya tu. :P

syura said...

dua2 aku tgk dh kecik..he..weh,bln 2 ni opis aku nk wat lg..jom join..

Aimi A.Z said...

kecik tang mane? kecik hati adelah. hahahaha... opis ko rajinnye main paint ball. kat ne?

+ahlinujum+ said...

kalo aku berdiri kat tgh2 cmne?
mesti comelkan?
hehe

Aimi A.Z said...

comelke KT? :P

syura said...

xde le rajin. sgt..tp suke je..he..kali ni xdecide lg nk main kt ne.tp kt kemensah tu mmg superb best. leh mandi lagi, tu yg penting..haha..nnt pape,aku roger.

Aimi A.Z said...

Ok. tapi segan la. :P

nOniE said...

syura aku nak join tau..aku nak geng ngan ko..hahaha....

katie: sangat comel..sebab ko akan kene himpit mcm lempeng..hahahaha

nOniE said...

syura aku nak join tau..aku nak geng ngan ko..hahaha....

katie: sangat comel..sebab ko akan kene himpit mcm lempeng..hahahaha

Aimi A.Z said...

Eh Non. mane aci ko sorang je nak geng ngan syu. aku nak gak!

Anonymous said...

New here,

I'm here online for the kids of Haiti.

I'm here for a non-profit haiti organization that is dedicated to
creating an oppurunity for the children in haiti. If anybody wants to help then do so here:

[url=http://universallearningcentre.org]Donate to Haiti[/url] or Help Haiti

They provide kids in Haiti a positive outlook through education.

And yes, they are legitimate.

Please help us

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin