Monday, February 01, 2010

Kisah 2: Wedding Syikin & Sazli

(Kisah ini adalah salah satu daripada kisah kepulangan Aimi ke Ipoh)

Antara aktiviti utama ke Ipoh juga adalah untuk menghadiri majlis resepsi kawan aku, Syikin. Syikin ni kawan aku di sekolah rendah, SK Sg. Rokam. Masa kat sekolah dulu kitorang panggil dia Syikin 'N'. Sebab ada 3 orang Syikin dalam kelas kitorang, so ada Syikin 'N', Syikin 'R' dan Syikin 'B'. Semua huruf mewakili nama bapak masing-masing. Macam lawak la pulak, tapi better la daripada kitorang start memanggil diorang dengan nama gelaran yang bukan-bukan. :P Ha, lagi satu benda yang aku nak share ialah; Syikin ni anak yatim piatu. Bapak dia dah meninggal dari kecil and mak dia meninggal akibat barah payudara kalau tak silap.


So, majlisnya berlangsung di Town Hall, berhadapan dengan Stesen Keretapi Ipoh. tempat yang agak menarik untuk dibuat majlis kahwin. Suka gila dengan decor majlis kahwin dia. Serius! Sangat cantik. Tema hitam putih diserikan dengan bunga-bunga warna purple sama dengan baju kedua pengantin. Tapi, serius suka gila! Tak caya tengok gambar;



Syikin bersama suami

Pelamin yang sangat menepati citarasa aku

Aku pun nak kerusi macam ni

Meja beradap

Tapi, bila ada benda best, mesti ada benda tak best, kan? Yang tak bestnya ialah katerer. Tapi, nak buat macam mana. Takan semua nak perfect kan? Ha, lagi satu tak best sebab tak dapat tangkap gambar dengan pengantin, sebab pengantin belum sampai masa untuk beramah mesra dengan tetamu dan aku pun dah nak balik. So, kepada Si Pengantin, aku sertakan bukti aku datang majlis ko;

Aku berbackgroundkan pengantin


Tapi, tak jumpa siapa pun kecuali Encik Rino. Buhsan~


by,
Aimi A.Z yang mengharap untuk jumpa kawan-kawan sekolah rendah yang lain...

2 comments:

syura said...

Cik Aimi dan Cik Rino mmg xboleh dipisahkan..hmm...
weh, membe aku attend wedding membe ko ni..name die fazilawatimaku panggil die atiq,

Aimi A.Z said...

cik Rino datang dengan 'isteri'.. Pergh.... kawan ko tu kawan ngan kawan aku ke suami dia? ke dia Sekolah sg rokam? tapi aku tak kenal kot~

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin