Tuesday, February 16, 2010

Lemahnya Iman...

Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.

Ya, memang aku menegah perbuatan terkutuk tu dengan hati aku. Tapi, cukup ke setiap kali sesuatu berlaku, aku hanya menegah dengan hati? Cukup ke aku membuktikan dengan diri sendiri bahawa aku mempunyai selemah-lemah iman? Boleh ke hati aku ni menegah dan sekaligus menghalang perbuatan itu daripada berlaku lagi?

Kalau sesuatu yang berlaku tu melibatkan orang-orang yang tak dikenali, mungkin hanya hati yang dapat menegah. Tapi, macam mana kalau perbuatan terkutuk tu berlaku di kalangan mereka yang rapat dengan aku? Adik Beradik? Sanak Saudara? Mahupun kawan-kawan rapat? Hati menegah tak cukup untuk memberhentikan perbuatan terkutuk tu. Something has to be done. dan aku perlu memikirkan kaedah terbaik untuk menegah sesuatu itu dari berlaku or else perkara terkutuk itu tetap akan berulang dan berulang sehinggalah? Mungkin sehingga Allah menurunkan bala. Nauzubillah.... Tak sanggup aku nak membayangkan apa-apa perkara akan berlaku kat orang sekeliling aku. Jadi, aku harus melakukan sesuatu!

Kenapalah hal-hal macam ni suka jadi kat aku di saat-saat aku takde masa nak pikir semua benda-benda ni. Wahai sesiapa yang ada penyelesaian, tolonglah aku yang sangat bermasalah ni. Cuma jangan tanya aku apa yang sebenarnya terjadi sebab aku tak sanggup nak buka pekung sendiri. Cukuplah aku seorang je tau benda yang tak patut aku tau yang tiba-tiba aku mempunyai bebanan yang amat berat yang terpaksa kupikul. Ish3x...


by,
Aimi A.Z yang bingung dan bengong...

4 comments:

ada. said...

talk politely :)

mesti diorang faham.
ISLAM itu agama yang indah..

Aimi A.Z said...

kadang-kadang orang yang tengah asyik berbuat dosa tak faham yang kita tegur sebab kita peduli.

but, yeah. kalau tak cuba xtatu kan? and islam mmg agama yang indah.

Anonymous said...

mmg btol tuh mi.. aku pun ada isu mcm nih.. poning den!

Aimi A.Z said...

Tulah pasal kn?nk buat bodoh pn xleh,nk tegur pn susah.so,camne? huhu

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin