Saturday, February 13, 2010

Memang la bagus ikut jejak langkah mak bapak...

...tapi tak payah la hal-hal macam ni pun nak ikut jejak langkah. Ish3x...

Alkisahnya, minggu lepas, mak bapak aku dimasukkan ke dalam hospital akibat denggi. Tup, tup semalam, kakak aku dengan adik aku pulak kena masuk hospital akibat denggi. So, what to do?

Empat orang daripada lapan orang dah kena. So, tinggal lagi empat orang. Dua orang dah demam, tinggal lagi dua orang yang sihat walafiat setakat ni. Haih, pening pulak dengan calculation aku ni. Aku nak buat checklist lah;

  • Abah Denggi!

  • Umi Denggi!

  • Kak Lala Denggi!

  • Aku Sihat!

  • Nie Demam!

  • Yan Sihat!

  • Aizat Denggi!

  • Wawa Demam!
Nie dengan Wawa tu dah sihat daripada demam. So, sekarang tinggal aku dengan Yan yang masih sihat. dan harap-harap kami akan terus sihat. Tak payahlah semua pun nak ikut jejak langkah, kan? Kena jalankan upacara besar-besaran untuk memerangi denggi. Jahat betul denggi ni.


Nota Kaki Kepada mereka di luar sana, jom join aku minum 3 liter air setiap hari. Jangan biarkan denggi bermaharajalela.



by,
Aimi A.Z yang paksa semua orang kat rumah ni minum air kosong banyak-banyak...

7 comments:

nOniE said...

lawak la cita ko nie...tapi beware!!!

Aimi A.Z said...

suke ko je cite aku ni lawak. aku tak buat lawak la. ish2.... ni serius ni! :P

norhafiza said...

noni...denggi tu mn ade lawakla...aimi serius tuh..slamat berjaya aimi minum air daun betik jugak..

Aimi A.Z said...

ceh! sejak bile cik fieza ni pandai komen blog aku ni? hahahahaha.... aku tamau minum air daun betik. yucks!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
syura said...

aku simpati..weh,jgn mnm air jer..jgn lupe "elakkan air bertakung di dalam dan luar rumah, aedes sng membiak" hehe..tu pesan safety officer-aman-

Aimi A.Z said...

Baik encik penguatkuasa. bila nk dtg fogging.hahaha

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin