Thursday, February 11, 2010

Pesanan Seorang Bos dan Perasaan Seorang Pekerja

"Aimi, you jangan malas. You belajar rajin-rajin. Belajar modelling bagus-bagus dengan Ah Hui. Ah Hui punya modelling is the best! You pergi mana pun you tak dapat ilmu macam tu. Jangan selalu buat salah. Ok?"


Terngiang-ngiang kata-kata bos tu kat telinga sampai sekarang ni. Mungkin sebab apa yang dia cakap tu kena sebiji-sebiji kat aku. Ye, aku tau aku ni malas. Ikut mood. Ada masa-masanya aku rajin sampai tamau bercakap-cakap dengan Cik Fieza. Ada masa-masanya aku ni sangat malas nak buat kerja, mungkin bergantung pada projek yang aku tengah buat. Kalau projek best, aku rajin la kalau tak aku memang malas. and mungkin bos memang nampak kemalasan yang melanda aku tu. Tapi, mungkin jugak dia cakap secara general tapi sebab aku dah memang malas so aku terasa lah. Hahahaha....

Ah Hui pulak adah senior engineer aku kat office ni. dan memang salah satu sebab yang aku tak cari-cari kerja lain adalah sebab Ah Hui. Bukan sebab apa, sebab memang banyak yang aku boleh belajar dari dia. Memang dia terer sangat, senang je nak detect salah aku. Walau sebodoh mana pun salah aku. dan memang seperti kata bos aku memang selalu buat salah. Kasi nama drawing pun aku boleh salah. Camner la aku ni boleh careless sangat ni, ish. Tapi, memang itulah aku. dan aku tak insaf-insaf sebab adanya orang macam Ah Hui yang selalu sangat back up aku bila aku mess up. So, bila aku nak berdiri atas kaki sendiri?

Pesanan bos tu adalah kata-kata sebelum beliau menyerahkan Angpow kepada aku. Tahun ni Angpow kurang daripada tahun lepas, with no increment. Diulangi, no increment! Tapi bos tetap kasi aku harapan dengan berjanji yang dia akan kasi increment bila ada projek nanti, sebab sekarang ni memang tengah takde projek. Tu sebab Angpow menurun dan takde increment. Tapi, tak tau lah sejauh mana kebenaran kata-kata bos tu tapi aku tetap menaruh harapan...~

Memang sebelum ni aku ada cakap, "Aku tunggu bonus je, kalau takde bonus pun janji ada increment aku stay la kat company ni. Kalau tak aku nak kasi resign letter." Tapi, bila dah dapat bonus yang berkurangan dari tahun lepas dan tiada increment aku tak rasa pun nak hantar surat resign.

Kenapa?

  • Mungkin sebab aku nak kasi peluang kat bos cari projek dulu.

  • Mungkin jugak aku kesian kat bos sebab dia tengah susah, then aku pulak taknak susah bersama-sama. Bodoh ke aku ha?

  • Mungkin jugak aku takut nak berdikari bila bekerja di office baru yang takde senior.

  • Mungkin jugak sebab aku belum habis belajar semua ilmu dengan Ah Hui.

  • ataupun mungkin jugak sebab aku terlalu sayangkan company ni sampai tak sanggup nak cari company lain.

Wahai korang semua. Tolonglah aku. Betul ke keputusan aku untuk memilih untuk stay kat company ni?

  • Macam mana dengan kehidupan seharian aku yang perlukan gaji yang lebih tinggi?

  • Macam mana dengan poket aku yang dahagakan duit-duit yang lebih tebal?

  • Macam mana pulak harapan aku nak memiliki harta yang banyak di usia muda?

  • Macam mana pulak dengan kawan-kawan aku yang nak ajak aku pergi vacation sana sini dan berjoli kat sana sini?

  • Macam mana pulak dengan diri sendiri yang teringin nak berbelanja apa saja tanpa pening kepala memikirkan hutang yang berlambak?

  • Macam mana pulak dengan hutang PTPTN yang semakin lama semakin tinggi bunganya?

  • Macam mana pulak dengan harapan umi dengan abah untuk aku membantu meringankan beban mereka dengan menguruskan kewangan rumah?

Nampak sangat aku takde masalah dengan company ni selain daripada sebab gaji. So, what to do?


by,
Aimi A.Z yang tak tau la apa nak buat.To stay or to find another job...

8 comments:

Anonymous said...

ada org pernah pesan dkt aku.. kalau gaji di tempat baru lebih dlm 200-300 je, better jgn resign...

bukan nak kata 200 tu sikit sgt, tp tau je lah, its not that easy to start working in a diff environment. bkn semua ofis ada org mcm ah hui yg boleh & sanggup tlg check keje org lain. so beza gaji tu biarlah berbaloi dgn the extra effort utk sesuaikn diri dgn keadaan di tmpt baru tu...

so basically aku mmg sokong ko cari keje lain. ko kena dahulukn ur needs & wants jgk. tp yg plg penting skali kena make sure the new job is really worth it dan sesuai dgn jiwa ko...

wishing u all the best aimi!

FARHANA JAMIL said...

hmmm...money isn't everything but everything is money...aku sokong ko tukar keje, but make sure ko dah sedut segala ilmu ah hui tuh...br ade confident skit gi tempat lain yg belum pasti ade org nak guide. Cari tempat baru yg lebih baik dr segala segi la, bukan sbb gaji je ok....takut ade rase menyesal je nnt. all the best mi!

nOniE said...

aimi...tempat aku memerlukan pekerja..ko ganti la aku..ko demand bape pun insyaalah ko dapat..tapi u must be my senior...hahahaha...sETIAP SESUATU TUE ADA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN...mungkin klu ko setia ada ganjaran hebat ko disana..Just follow your heart dan berdoa sahaja..Klu ko mintak petunjuk insyaalah dapat.....Amin

kd saiful said...

bila tukar keje dengan gaji yg lebih tinggi, perbelanjaan pon makin tinggi mengikut aras gaji baru kau.
dan masalah yang sama tetap akan berulang. duit xpenah nak cukup untuk tampung kehidupan.

tukar kerja is good sbb kite perlu belajar mende2 yg baru untuk improve diri kita tp kalo tukar keje without anything in ur brain that's suicide. sbb org akan ckp 'eh dulu kat company lame ko buat ape?'

learn is not easy dan tak ada bende kita dapat secara free. dan manusia mmg tipikal sbb bila dah selesa di suatu tahap susah untuk mengubah sesuatu. plus if u want something u need to sacrifice something.

wah aimi terer x ayat aku? hehe

Nas said...

Kalau aku dekat tempat kau, aku hantar je resume banyak2. Sebab nak puas kan hati.Kalau dapat,doa mana yang terbaik.

Kalau tempat lain, Allah akan bukak kan hati kau untuk pegi sana.Tapi kalau tak, pecayalah..Tempat sekarang memang yang terbaik untuk kau buat masa sekarang nih..^_^

All da best!Allahkan ada..DIA akan tolong punya..^_^ N lagi satu, duit bukan segala-galanya.Yang penting kepuasan kerja..

Nasihat dari orang yang dah 3 kali lompat kerja..hee..=p

Aimi A.Z said...

Wah2... sungguh pandai semua kawan-kawanku ni. semua pass ujian saringan untuk menjadi kaunselor. Tahniah!

Anyway, terima kasih lah di atas semua nasihat dan tunjuk ajar. Aku kena fikir banyak-banyak lagi untuk tak menyesal di kemudian hari. Tak pun, lagi senang kalau tak payah fikir langsung. Biar je apa yang nak jadi. Hahahahahaha....

Eh, btw. Cik Anonymous, siapakah kau? Sila tinggalkan nama dan no fon ye, supaya senang saya nak mendapatkan khidmad nasihat selepas ni lagi... :P

Anonymous said...

mi,
nih aku nak cerita kisah aku.
dulu, masa aku keje dgn cousin aku, mmg best! kira duit gaji mmg cukup! aku dok enjoy tak ingat. lepas kerja boleh enjoy, gi tgk movie lar ape lar...
sekarang nih aku dah tukar keje... duit gaji mmg tak cukup... sbb byr parking dah brape, petrol, tol, food lagi... bile pegi site lagi lar...
to be honest, 2 weeks before aku gi interview dulu, aku dah mmg ckp kat diri aku.. aku tak nak jadi engineer. aku buang semua notes masa study dulu. then, bile aku gi interview tuh, ayat interviewer which is boss aku skrg buat aku sedar.. failure is not falling down, but u fail when u dont get back up!
bila dia tanya aku, "honestly, u want to do ur PE or not?" aku ckp, dulu lepas grad semangat lar nak buat. but after 9months dok rumah menganggur etc... i dont think so... tapi... dia kata... perjalanan hidup semua org tak sama... semua org lain2 ikut rezeki masing2... etc
And then, bila aku masuk company nih... aku sorg engineer.. takde senior engineer... ape2 aku kene report terus dkt bos aku... mula2 aku ingat... aku keje nih.. maybe sebln 2 jer kot! nak belajar macam mane??!! aku dahlar mmg 1thn lebih dah tak sentuh hal2 engineering nih!!
but then, slowly aku pick up balik apa yg dah tertinggal... kdg2 smpai 5x/hari kot aku jumpa bos aku... apa jer aku taktau aku tanya dia.. sampai nak extend column mcm mane pun aku tanya dia..
dlm kata lain... benda yg plg bodoh pun aku tanya dia.. tapi, yg buat aku sedar, dia tak pernah marah. Busy mcm mane pun dia, dia mesti ajar aku... Tuh yg buat aku sedar... bukan senang org nak turunkan knowledge kat kita... so, bila dah ade org yg nak bg ilmu tuh.. aku ingatkan diri aku utk belajar btol2 and appreciate it!
tp mi, apa pun yg ko buat... ko kene ader satisfaction.. environment semua second! selain dari doa, usaha dan tawakkal lar... kalo takde satisfaction.. diri sendiri yg akan jadi negative! ko takkan sedar.. but lama2 mmg ko akan pikir mcm2 yg negative! gaji tak cukup.. keje byk.. penat etc... tp bile ader satisfaction.. ko sendiri akan jadi happy.. wpun dikelilingi oleh org2 yg akan sentiasa buat ko pening! so.. kalo ko rase takde satisfaction and ko nak tukar keje.. mmg boleh... tp pikir abes2... ko buat istikharah lar... abes citer... tp aku dulu buat 3mlm turut2... tp tak mimpi2 gak... tp aku ikut yg sedap hati lar... tapiiiii........ jgn pilih sbb duit!! never ever do that!! coz masa aku nak pilih dulu... ramai suruh compare mcm brape dia offer! tp aku tak wat camtuh! even aku start keje.. aku taktau pun gaji aku brape! hmmmm.... aku dah ngntuk nih... nak buat ayat pun tak reti.. nanti2 kita lepak ar.. borak2... -kalo ko tak kenal aku... hmm taktau lar...

Aimi A.Z said...

Farah.aku tau tu.kalau x,xkn la aku stay lg kt sini.tp biasela, bile tak cukup duit mulelah pk nk tukar keje.manusia ni mcm ni,rase dh pndai sikit,trus lupe ngn org yg kasi pandai.ish3x. sapelah tu.haha

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin