Thursday, March 25, 2010

Bandung Day 1: Malaysia Tanah Tumpahku

Hari pertama. Sangat teruja memandangkan kali pertama ingin menjejakkan kaki di tempat orang. Selalu bercuti di tanah tumpah negaraku sahaja, setelah 25 tahun barulah nak merasa pergi ke tanah orang. Kesian, kan? Tapi takpe, akhirnya terconteng juga halaman pertama pasportku. Yay! Satu pencapaian untuk seumur hidup.


Terima kasih kepada Air Asia untuk pencapaian itu


Bertolak dari Malaysia dalam pukul 3 petang waktu Malaysia dan sampai dalam pukul 5 petang. Waktu di Bandung awal sejam daripada waktu di Malaysia, makanya bila sampai di Bandung jam baru menujukkan jam 4 petang. So, masih ada masa nak shopping. Tanpa membuang masa tu... :P Eh, tapi sebelum tu semestinya: MAKAN. Makan itu wajib! Shopping itu sunat yang dituntut. Ajaran manalah tu, kan? *ngehngeh*


Riung Sari at Jalan Riau


Malam pertama ni kami pilih untuk makan makanan Sunda. FYI, makanan yang famous di Bandung ni adalah makanan Sunda dan makanan Padang. So, hari ni kita makan makanan Sunda. Caranya; pilih je makanan yang korang nak dari menu. Kalau taktau macam mana gayanya tanya jelah waiter. Apa susah. Hehehehe... So, antara menu pilihan adalah Sup Bontot Sapi. Kaklala dengar nama je dah tak lalu makan, nasib baiklah Si waitress tu menerangkan yang bontot yang dimaksudkan tu bukanlah "bontot" yang sebenar tapi adalah sup tulang. "O....." Terangguk-angguk Kaklala sambil menyatakan persetujuan untuk makan Sup Bontot Sapi. Kalau Sup "Bontot" betul-betul aku pun tak mau makan.

Setelah makan, kami memulakan aktiviti bershopping. Di Jalan Riau ada banyak giler factory outlet. FYI, factory outlet ni kedainya macam F.O.S dan juga Reject Shop. Kat Malaysia cuma ada dua tu je tapi kat Bandung kebanyakannya adalah Factory Outlet. Jual macam-macam jenama yang best antaranya; Espirit, FUCK FCUK, Zara, Hugo, Tommy Hilfiger dan banyak lagilah. Yang penting harganya memang affordable. Orang yang BUKAN kaki shopping macam aku pun dah bertukar kakinya. Heh!

The Secret Factory Outlet antara yang digilai ramai

Selain The Secret ada macam-macam lagi seperti; Heritage, The Summit, Branded Club, The Oasis dan Formen. Tapi, untuk hari pertama ni tak adalah shopping bagai sebab baru first day kan, rileks dulu! Nanti banyak lagi yang mendatang, harapnya. Takkan nak habiskan duit pada malam pertama walaupun kalau diikutkan hati memang nak sangat. Hahahahaha...

Setelah hampir pukul 9 (di mana kebanyakan kedai tutup pukul 9) kami pun kembali ke hotel. Oh, lupa nak bitau, kami menginap di Orange Homes. Orange Homes tu macam Banglo besar yang dikomersialkan menjadi tempat tinggal untuk pelancong. Agak ok, cuma tempatnya agak jauh dari town. Taklah jauh mana pun dalam 15 minit je. Aku cakap jauh sebab taklah turun-turun hotel je terus boleh shopping. Kalau itu memanglah sangat dekat. Duit pun lagilah cepat kehabisan. Ish3x... Yang jauh ni pun cepat habisnya, inikan pulak kalau dekat.

So, itulah ceritaku di hari pertama. Nanti ada banyak lagi cerita. Ni baru intro. Sekiranya anda sudah mula merasa bosan, jangan lah menjengah blog ini buat sementara waktu kerana sekarang ni aku akan bercerita pasal Bandung je sehinggalah aku kehabisan cerita. Eh, tapi cerita pasal Wedding Zue dengan Farid tak cerita lagi. Takpelah, nanti-nanti pun boleh kan, esok kan aku cuti lagi. Muehehehehehehe.... Sangat best!


by,
Aimi A.Z yang tak sabar nak bagi tips-tips sekiranya anda ke Bandung...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin