Friday, March 26, 2010

Bandung Day 2: Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya

Hari kedua. Awal-awal pagi dah memulakan langkah. Tak membazirkan sedikit masa pun. Oleh kerana segala shopping complex belum dibuka, maka kami pun memutuskan untuk ke Tangkuban Perahu terlebih dahulu. FYI, Tangkuban Perahu ni adalah salah satu gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Di sini selain pemandangannya yang menarik, kita berpeluang untuk menikmati sendiri khasiat sulfur yang terhasil dari gunung berapi tu. Katanya banyak khasiat antaranya mengelokkan kulit, mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru dan macam-macam lagi la. Tapi, kalau nak ke kawasan sulfur tu kena berjungle trekking sejauh 1.2 km and guess what? Kitorang berempat pun berjunggle trekking walaupun bukan itu tujuan asalnya. Layankan ajelah... Tapi, serius pancit! Tapi, pemandangan memang superb!


Berlatar belakangkang gunung berapi yang masih aktif

Ada peristiwa yang tak dapat dilupakan terjadi semasa di Tangkuban Perahu. Satu experience yang sangat-sangat "mahal" yang tak dapat aku, Kaklala, dan adik-adikku lupakan. Apakah cerita itu? Nanti aku cerita masa aku kasi Tips ke Bandung. Wah2... baca tak ayat tu? Aimi nak kasi tips ke Bandung. :P Tapi, tunggu aku cerita sampai hari balik dulu baru aku kasi tips. Tunggu...

Dengan berpeluh-peluh tu kitorang meneruskan perjalanan ke Jalan Setiabudi. Di sinilah letaknya the famous; Rumah Mode. Ni pun factory outlet jugak. Tapi factory outlet yang sangat besar and lagi banyak jenama. Ada Ralph Lauren, Levi's, Gucci dan semualah. Apa je yang korang nak semua ada. Selain shopping, tangkap gambar pun best. Tu sebab kitorang ada gambar kat sini. Jangan jeles!

Di hadapan Rumah Mode

Selepas Rumah Mode, kitorang menjelajah mengikut kaki pergi ke setiap factory outlet di Jalan Setiabudi. Dah penat, kitorang naik kereta Avanza yang disewa untuk ke Cihampelas. Kat Cihampelas ni letaknya kedai Superhero (yang Yan nak sangat-sangat pergi). Kat sini macam-macam T-Shirt kartun ada. Dari Doraemon sampailah ke Astro Boy. Macam-macamlah. You name it. dan sempat jugaklah aku tangkap gambar dengan "Goku" kat depan kedai. *ngehngeh* Saya gumbira!


"Gokuuuu", kata Aimi dengan penuh semangat!

Pasar Baru. Our next pit stop. Kat sinilah terjualnya segala baju berkerawang, telekung, kain ela dan macam-macam lagilah. Bayangkan Pasar Baru ni macam Jalan TAR except for Pasar Baru ni adalah sebuah bangunan. Di sinilah segala skill tawar menawar anda diperlukan dan di sinilah aku macam nak gila tengok semua baju berkerawang yang cantik. Ada telekung yang sangat lawa tapi sangat mahal tak mampu nak beli dan kat sinilah jugak ada baju yang aku suka giler tapi terpaksa lepaskan kerana sebab yang biasa. :( Tapi takpe, banyak pilihan lain, kan? Yang penting, kain untuk baju raya dah ada. Yay!

Oh, dekat Pasar Baru takde tempat menarik untuk ditangkap gambar, dan keghairahan nak membeli tinggi sangat, jadi tak terfikir langsung nak menangkap gambar. So, tak adalah gambar. Tapi sampai Pasar Baru pun dah pukul berapa, then tak sempat nak membeli semua barang so pembelian di Pasar Baru bersambung keesokan harinya.

Malam hari kami decide nak try masakan Padang pula setelah tengaharinya melayan McD. Eh, lupa pulak nak bagitau, McD kat Bandung menunya agak berbeda dan rasanya sedikit berbeda. Ayam goreng di Bandung sangat sedap dan dia ada air yang sedap yang takde di Malaysia. Nyum nyum~ Berbalik kepada masakan Padang, cara makannya adalah; Pelbagai jenis lauk akan dihidangkan di atas meja anda. Kalau anda makan dari piring tu, akan dikira, kalau lauk tu tak berusik, tak payah la bayar. Kira ko makan jelah apa yang ko nak, kalau taknak, sudah! Yan kata masakan Padang lagi sedap dari masakan Sunda. Ikutlah selera korang sendiri.



Setelah makan dengan kenyangnya, kami pun balik ke hotel dan tidur. Aku tidur seawal pukul 8 malam. Ish3x... Penat sangat ke Cik Aimi? So, itulah cerita di hari ke-2. Akan bersambung di hari ke-3. Dah bosan ke? Hahahahahahaha...


by,
Aimi A.Z yang tak bosan lagi bercerita...

3 comments:

PUANSTOBERI said...

Salam..
Seronok bc pengalaman org ke Bandung sbb Kak Reen pun baru 2 minggu blk dari Bandung.
Cuma..tk smpt nak ke Tangkuban Perahu. Rumah Mode n Pasar Baru 'wajib' pegi. Huhu

By d way..salam kenal dari Kak Reen a.k.a PnStoberi :))

Aimi A.Z said...

salam. best kan Bandung. Huhu~ nak pergi lagi..... tangkuban perahu tu oklah setakat tgk pemandangan. rumah mode and pasar baru best. huhu~ hari tu pergi bandung potong rambut ni rambut dah panjang terasa nak pergi bandung potong lagi. Boleh? hahahaha...

btw, comellah nama PnStoberi tu. :P

PUANSTOBERI said...

Yes za. Mmg shopping heaven sana. Kak reen rasa nak repeat lagi, tp nak pi Jakarta plak. Tanah Abang. Lagi gila kat sana.

Nak potong rambut kat Bandung?? Huhu. Ok gak reason tu. Cpt2 pi tempah tiket AA. ngeheheheh :P

Hik hik tenkiu la kata nama pnstoberi tu comey. hik hiks... (gelak malu2 gatai)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin