Sunday, March 28, 2010

It's their W-day...

Wedding diorang ni dah disebut-sebut sejak dari diploma lagi. Sejak mula-mula sebelum diorang couple lagi. Semua membayangkan betapa meriahnya majlis yang bakal berlangsung ni. Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu sampai jugak pada 20 Mac yang lepas setelah lebih setahun mengikat tali pertunangan.

Bermulanya rombongan orang kampung seramai tujuh orang dari Kuala Lumpur. dan seorang orang kampung dari Johor yang tiba pada Subuh Sabtu. Eh, seorang orang kampung tiba bersama suami terus di kenduri. dan seorang lagi orang kampung... Banyaknyelah orang kampung. *wink*

Sesampainya di kenduri pada pukul 11 pagi, dengan ketiadaan pengantin. Pengantin rupanya dah pergi ke kedai untuk bermake-up. So, terpaksalah kitorang melayan perut yang sebenarnya memang sangat kenyang, tapi tak tahan tengok makan yang nampak sedap sangat tu. Biasa lah keadaan macam ni, kan? Inilah antara gambar-gambar menarik di sekitar W-day mereka itu;

Zuhaida & Farid: College Sweetheart


Makan beradap


Aktiviti meng"conquer" pelamin

...dan banyak lagilah gambar. Selain dari kamera aku, ada lagi gambar dari kamera Wardah dan Kd. Kalau korang rasa kamera aku lambat uploadnya, kamera diorang lagilah. Entah bila nak upload. Tu ayat hint suruh upload cepat-cepat! Kalau nak tengok gambar silalah ke Facebook saya ye? :P

Itu jelah kisah kami di Ipoh. Maaflah sebab lambat mengupdate. Agak busy bercuti. :P Oh, ada satu gambar lagi yang nak dikongsi. On the way balik dari Ipoh kami singgah di Lata Kijang. Sangat menarik tempatnya, airnya, environmentnya, semualah. Rasa nak pergi lagi. Nantilah suatu hari nanti akan ku sampai lagi ke sana.

Uish, apakah benda merah itu? :P


So, itu jelah kisah kami di Ipoh. Semalam patutnya kami ke Melaka untuk persandingan sebelah lelaki tapi disebabkan banyak perkara yang menghalang, kami tak sampai ke Melaka. Sorrylah Farid, kitorang bukan taknak datang, cuma tak berkesempatan. Nanti kita jumpa di lain masa ye Zue & Farid. Mungkin masa kelahiran anak sulung korang! Hehe....


by,
Aimi A.Z yang tak sabar nak tengok lepas ni giliran siapa pulak...

2 comments:

khadijah.saiful said...

entiti itu
aku kenalll haha

Aimi A.Z said...

siapakah? apekah?

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin