Tuesday, March 02, 2010

I've decided!

Pagi tadi. Bangun-bangun tidur tadi aku seakan-akan mendapat petunjuk. Naluri aku berkata;

"Carilah kerja lain, wahai Aimi. Memang ilmu tu penting, tapi dalam hidup ni, banyak lagi benda yang penting. Ko kena memperbaiki hidup ko. Kalau setakat macam ni, kau takkan ke mana-mana. Mana nak beli rumah lagi, mana nak kahwin lagi, mana nak bercuti lagi"

So, aku decide aku akan mula mencari kerja mulai hari ni! Mulalah start berfikir nak cari kerja area mana, nak mintak gaji berapa dan macam-macam lagilah.


Tengahari tadi. Dapat sekeping surat. Tertulis; ....your salary has been increased.... Wah!! Rezeki datang di saat tak terduga. Memusnahkan segala perancangan yang difikirkan sepanjang pagi tadi. Memberikan satu harapan dan lembaran baru untuk bernafas di company ini buat kesekian tahunnya.


Kesimpulannya, manusia hanya mampu merancang. Kita tak tahu apa pula rancangan Allah untuk kita. So, terima dengan hati terbuka dan minda yang positif. InsyaAllah hidup akan diberkati.


by,
Aimi A.Z yang bertekad tak akan complaint pasal kerja dan gaji untuk beberapa bulan akan datang...

4 comments:

nOniE said...

tahniah!!!!hik

syura said...

congrate aimi az...

Aimi A.Z said...

thanks. tapi bukan banyak pun. :P

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaaa!!! hehehehe
timer kasih mi... ko nak blanje ape ko ckp?!!

alar... byk sikit tak kira!! janji naik!! hehehehe

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin