Thursday, April 01, 2010

Berita Sedih...

Baru beberapa hari lepas Noni bagitau berita gembira yang Irma Asyura bakal menimang cahaya mata, hari ni dapat SMS daripada Irdanita berbunyi;

"Salam. Aku ada berita sedih. Baby kami tak panjang umur. Dia meninggal dalam kandungan. Aku baru bersalin hari Isnin hari tu. Baru 25 minggu lebih aku kandungkan dia. Kami namakan dia Muhamad Firdaus. Dia dah cukup sifat dah. Moga-moga dia tunggu kami di Syurga Firdaus nanti. Arwah Firdaus selamat dikebumikan hari Selasa hari tu. Aku rasa sedih sangat tapi aku kena redha dengan pemergian dia. Mungkin ini yang terbaik untuk dia. Walaupun sekejap, arwah pernah bahagiakan hidup kami. Setiap kenangan bersama arwah akan kami ingat sampai bila-bila."

Kepada Puan Irdanita & Encik Azrizan, banyak-banyak bersabar. Kuatkan semangat. InsyaAllah ada rezeki korang lagi nanti. Kami kawan-kawan sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan-kawan semua.

Itulah kehidupan di dunia. Ada yang bergembira, ada yang bersedih. Kita tak tahu apa rancangan yang Allah buat untuk kita. Tapi, apa yang terjadi tu ada sebab di sebalik semuanya. Terima dengan hati yang terbuka dan semoga ada cahaya di hujung jalan. InsyaAllah.


by,
Aimi A.Z yang dah taktau apa nak dikata...

2 comments:

FARHANA JAMIL said...

takziah utk irda & adik....masih ade masa utk berusaha. Rezeki Allah sentiasa ada utk hamba2-Nya.

mugiwara said...

alfatihah untuk arwah muhamad firdaus....

tahniah buat syura dan suami. jaga diri.

erm...semoga berjaya untuk farhana dan ili.....

semoga diberikan yang terbaik buat aku, kau, kita dan semua orang....
[menung sambil mengadu pada Tuhan]

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin