Thursday, April 01, 2010

Bila Kawan Sudah Berboipren

Senang je nak detect bila kawan dah berboipren. Boleh tergambar dari setiap perbuatan dan tutur kata. Mana tak nya. Kalau dulu asal weekdays je, mesti aku dah dapat mesej tanya aku; "Buat apa weekend ni?" Tak pun siap tanya lagi "Buat apa minggu depan?" Sekarang ni weekdays aku aman dan tenang je tanpa sms daripada kawan tu. Tapi, bila semalam tiba-tiba aku dapat call daripada kawan tu mengajak aku keluar hari Sabtu ni aku macam agak pelik. Saje je nak test, aku pun tanya, "Eh, Si Polan tu pergi mana Sabtu ni?" Kawanku menjawab; "Dia kerja." jawabnya sambil tersenyum-senyum simpul. Jadi, aku dah tau lah aku cumalah back up plan yang dicari bila perlu sahaja.

Eh, jap, jap!

Macam berbau emo pulak dah entri ni. Aku sebenarnya bukan nak buat entri emo. Aku nak buat entri mengkantoikan kawan aku yang dah ada boipren tu. Silap pulak mengekspresikan kata-kata. Hahahaha.... Kesimpulannya, kawanku sudahlah berboipren. Siapa kawanku itu? Biarlah rahsia! Siapa makan cili dialah yang rasa pedas.

Tapi, ada lagi sorang kawan aku ni unpredictable. Macam takde boipren, tapi asyik nak jumpa orang je. Bila aku tanya siapa, rahsia katanya. Sejak bila pulak dia pandai berahsia dengan aku? Ke dia memang dah ada boipren tapi tamau bagitau aku? Pelik, pelik! "Hoi kawan, kalau dah ada boipren, cakap jelah. Aku tak jeles nye! Aku tumpang gembira je. Eh, ke ko tanak aku tumpang gembira tu yang ko tak nak bagitau aku? Yelah, yelah. Taknak aku tumpang aku tak tumpanglah! Nak tumpang sikit pun tak boleh. Ceh! Kedekut!"

Eh, apasal ada bau-bau emo sekali lagi ni? Apalah aku ni. Salah lagi mengekspresikan kata-kata. Ish3x... Apa nak jadilah Aimi ni. :P Persoalannya, adakah kawan aku ini jugak sudah berboipren? Nampaknya, tinggal aku jelah. Hm, aku pun nak cari boipren lah camni. Siapa nak jadi boipren aku? Hahahahahahaha...


by,
Aimi A.Z yang malas pulak nak menghabiskan Day 3 Bandung ni. Ish3x...

9 comments:

nOniE said...

lawak la aimi nie..aku tau sape yang ko gambarkan...everytime always GOSIPP je la aimi nie...hehehe

Sara AZ said...

ala, bkn susah sgt nak tau sape. aku pun dah boley tau sape orang tu. kwn ko tu nak suh ko temankan kakak ko berjalan-jalan ler tu ;p

Aimi A.Z said...

Nonie, ko tau yang 1st one ke yang second one? so, maknanya, betul lah ye?

Kak Lala, apsal ko leh tau ni? Ish. So kemana kita? Hahahahaha

nOniE said...

2-2 pun aku tau..
tapi xsemestinya apa ko fikir tue betul...hati manusia sape yang tahu..
entah2 kawan ko tue ada masalah lain ke???
baik ko tanya dia betul2...hahahah

Aimi A.Z said...

Memang la tak semestinya apa yang aku pikir tu betul, tapi mungkin ada betulnya. Hm, kawan aku tu tak bitau pun dia ada masalah. macam mana aku nak tau kalau dia tak bitau. Hai, sapelah kawan aku tu kan? apelah masalah die, kesian kawan aku tu.

kd saiful said...

wei.gosip lagi.aku tau x sape?
tp macamtau jer sebab rase2 mcm kenal?
aku knl kan?
tp nak kate aku xkot sbb mmg bkn aku kan?
tp aku rase aku kenal org tuh
kan?kan?

Aimi A.Z said...

weh Kt. mane leh bitau. ini rahsia, bukan gosip. rahsia tak boleh heboh, gosip boleh. hahahahha

fawghah said...

hahahahahaha...... aku rase aku tau!!! and mmg confirm bukan aku!! sbb aku takde ajak ko kluar weekend.. sbb weekend aku mmg occupied dgn makcik2 and sekupu2ku!!!
hehehehehe... takpe mi.. dia tanak bgtau takpe... kita doakan jer!! dptlah kita mkn nasi minyak wpun aku tak makan nasi!! hheheheheh...

kd saiful said...

huuu ko mmg aimi.xpe2 nak rahsie2 ngn aku

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin