Saturday, April 17, 2010

Lagi-lagi Peristiwa yang Sama

Aku sebenarnya dah naik bosan nak cerita pasal benda ni. dan aku tau korang pun bosan dengar cerita yang sama berulang kali. Dah macam Deja Vu pun ada, asyik-asyik benda yang sama jadi. Tapi takpelah, aku cerita jugak.

Tadi. pergi kenduri doa selamat rumah kawan umi. Pastuh semua dok tanya aku;

"Sekolah mana ni ye?"

"Sekolah DARJAH berapa?"

Darjah berapa ko tanya? Ish3x... Umur saya ni dah nak masuk 26 tahun la wahai makcik-makcik sekalian. Dah boleh jadi mak budak dah pun lagi nak tanya saya ni darjah berapa? Haih, nak buat macam mana kan?

Agaknya kalau aku dah kahwin and dah ada anak, orang tanya aku tak, "Itu adik ke?"


by,
Aimi A.Z yang dah tak tau apa nak buat nak menunjukkan aku ni 26 tahun...

4 comments:

Nas said...

muahahaha!Ini keluhan ke kebanggaan ni..maintain muda..Ini yang kita cari.. Nak cari pakwe budak sekola pon boleh lagi ko nih \0/

fikaisa said...

siapalah yang buta tu agaknya... ni mesti gi kenduri rumah cekgukan?

Aimi A.Z said...

La, cikgu pun bace blog saye ke? :P

Yup, masa kat rumah Cikgu hari tu, dah banyak kali dah kena macam ni. dah biasa~

mugiwara said...

aku rasa tu cubaan untuk reverse psychology ko.
tp tak menjadi sebab ko bendul sangat...err..lurus bendul maksud aku.

yang aku faham, dia cuba nak kata, ko bukan budak budak lagi, dah boleh kahwin pun. orang dulu dulu kalau umur kau, anak dah sekolah rendah dah~

hahaha~

[bercakap melalui pengalaman -_-"]

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin