Wednesday, April 28, 2010

Riang Ria di Perhentian Kecil

Pada hari Jumaat, bersamaan 23hb April yang lepas, kami tiga sekawan telah menjejakkan kaki di Pulau Perhentian Kecil. Sebenarnya, 5 orang yang terlibat, tetapi Noni dan Fiza telah menarik diri pada saat-saat akhir kerana hal yang tak dapat dielakkan. Jadi tinggallah kami bertiga untuk pergi bergumbira dan berpoya-poya di Pulau Perhentian Kecil.

Kami 3 orang


Kenapa Perhentian Kecil? Actually, Pulau Perhentian terbahagi kepada dua. Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Oleh keranan desas-desus mengatakan Perhentian Kecil lebih happening maka kami pun memilih untuk ke Perhentian Kecil. Lagipun desas-desus juga mengatakan bahawa Perhentian Kecil merupakan tempat untuk mencuci mata kerana ramai mat saleh akan ke sana berbanding Perhentian Besar dan terbukti desus-desas itu sangat betul. Best gila cuci mata. Dengan pemandangan yang cantik dan juga mat saleh yang hensem-hensem belaka. Pergh! Bersih dah mata aku kena cuci...


Contoh-contoh Pemandangan.
(Tapi yang ni tak hensem sangat!)


Kalau korang tak tau-tau lagi aktiviti apa yang boleh buat kat Perhentian, korang tengok jelah gambar ni. Malas pulak aku nak bagitau.

Swimming di dalam laut nan biru


Snorkeling dan berenang-renang bersama ikan


Cam biasa la, pergi pulau mestilah berenang, bersantai, bersnorkeling dan berdiving (kalau ada lesen). Then boleh gak memancing, mencandat sotong dan berkayak yang kitorang tak buat pun. Janji ada ongkosnya, semua beres. Ha, tapi ni ada satu aktiviti yang tak perlukan ongkos. Hanya memerlukan stamina yang tinggi sebab kena asyik memanjat platform untuk membuat lompatan yang perfect. Nasiblah ada photographer yang bagus yang dapat merakamkan setiap aksi lompatan. Siapalah photographer yang sungguh pro tu, kan?

Maaflah. Ini je model yang ada. :P


Untuk pedoman semua, marilah aku memberi sedikit tips untuk mereka yang teringin ke Pulau Perhentian Kecil (especially);


Tips#1
Better ambil hotel or chalet yang mempunyai 24 jam electricity. Sebab pulau selalunya panas, then nanti di antara aktiviti korang nak balik ke bilik pun tak selesa sebab tak ada elektrik.
(Notes: Kebanyakan hotel & chalet di Perhentian Kecil tak ada bekalan elektrik di siang hari)

Tips#2
Kat Perhentian Kecil ada 2 pantai. Satu Long Beach and another one is Coral Bay. Dinasihatkan agar korang duduk di Coral Bay. Long Beach dikatakan lebih happening sebab beach dia yang cantik dan panjang yang best untuk berjemur yang menarik minat orang putih untuk bersidai. Bagi kita Melayu yang tak suka bersidai ni, Coral Beach lagi best sebab banyak pokok. Plus makanan lagi best. dan bila korang sampai pun korang tak payah berenang ke pantai dari bot sebab ada jeti unlike Long Beach yang kena turun berenang ke pantai. Caya tak?
(Notes: But don't worry, boleh trekking dari Coral Bay ke Long Beach yang memakan masa kurang dari 10 minit ataupun naik Taxi air dengan harga RM20 sehala)

Tips#3
Pakej atau sendiri? Boleh, kalau nak main redah je (meaning: taknak pakej). Tapi, kebanyakan chalet takde kemudahan online booking. Hanya walk-in sahaja. Ataupun melalui agen (meaning: kena ambil pakej). So itulah kena ambil pakej. Tapi, untuk hotel or chalet yang mahal, ada kemudahan online booking, so senang lah. Boat tiket boleh beli dekat jeti and snorkeling trip bersepah kat tepi pantai coral bay tu. Kat long beach pun ada tapi tak banyak sangat. Satu snorkeling trip ke 5 point termasuk equipment (mask, life jacket and fin) lebih kurang RM35-RM40.
(Notes: Untuk yang berminat ambil pakej boleh pergi kat sini. Cik Siti ni kawan aku masa diploma)

Tips#4
Kebiasaannya pergi ke pulau, bawalah banyak-banyak air mineral. dan bawaklah roti ke, megi ke kalau lah korang nak berjimat. Jangan jadi macam aku, bawak megi, biskut, roti semua. Tapi, penat bawak je sebab tak makan pun. Asyik nak makan kat kedai je. Apalah Cik Aimi ni kan? Hehe...


So, itulah trip kami ke Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Memang sangat-sangat gembira dan teruja dan excited walaupun cuma 3 orang dan walaupun kulit kami dah terbakar. Oh, jangan lupa pakai Sun Block banyak-banyak kali. *wink* dan semoga lepas ni ada lagi trip yang melibatkan kawan-kawan yang ramai.

Nota kaki: Untuk gambar penuh, sila klik sini.


by,
Aimi A.Z yang akan pergi ke Mabul Island pula lepas ni bersama family. Yay!

6 comments:

syura said...

tak pueh hati btol aku tgk model jumping2 tu..kenapa kah tiada model2 yg lain?

Aimi A.Z said...

Model lain (yakni aku) malas nak melompat sebab takde photographer yang pro. buat penat melompat je nanti gambar tak jadi2 gak~

ned said...

aimi,
utk someone yg langsung tak reti berenang, ko rasa xtvt apa yg boleh dibuat kat sana? teringin nak pegi for the scenery, tp takut bosan xde apa nak buat...

Aimi A.Z said...

Alah ned, takpe tak reti berenang pun, ko pakai je life jacket, kompem tak tenggelam. ha lagi boleh g kayak. or enjoying the scenery, or go fishing ke, mencandat ke. lepak-lepak kat beach mencuci mata pun best. tak pun, jadi mat saleh sunbathing. hehe~

Mimy Marizd said...

Nak tanya u tdo chalet mane ye kt phentian kecil ni? Sekepala berapa ye?

Mimy Marizd said...

Nnt tlg rply kat chat box sy ye. Tq (:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin