Sunday, May 30, 2010

Break Free with Digi Party

Semalam, terciptalah satu sejarah dalam hidup aku bila aku telah menghadiri satu event oleh Nuffnang or specifically oleh Digi. dan memang tak pernah terfikir pun nak join apa-apa or even nak dapat invitation sebab ramai lagi blogger yang hebat-hebat tapi cakap banyak pun tak guna, sebab aku memang pergi pun event tu. *wink*

Setiap blogger yang diinvite dibolehkan membawa seorang partner, so aku dengan ikhlas hati terpaksa sebenarnya mengajaklah Ihsan untuk pergi dengan aku. Walaupun dua-dua pun first time nak pergi event macam ni, kitorang layankan jelah. Yan kata, "Barulah semangat sikit nak berblogging lepas ni" Ceh! Jadi, jomlah layan gambar dan cerita yang tak berapa nak best daripada aku ni.


Oleh sebab tema adalah prisoners and villains makanya ini adalah costume kami. Susah wo nak cari baju belang-belang ni and we've decided untuk buat sendiri. Pergi beli baju hitam and suruh umi jahit belang putih. And cat nombor di depan dan dibelakang baju. dan beli papan hitam, tulis nama dan nama blog kunon nampak macho dan cool lah bila bergambar pegang board. tapi, bila bergambar tak sempat nak capai board and segan pun sebenarnya nak pegang board. Ish3x... pemalu rupanya Cik Aimi ni. :P


Party ni dimulakan dengan gimik teroris. Kalau tengok dalam gambar tu, yang digari adalah emcee pada malam tu. dan kunonnya dia digari and our first task adalah untuk mencari code combination untuk membuka gari tu. dan siapa yang dapat cari combination yang paling banyak akan diberikan hadiah. Aku dan Ihsan mestilah tak dapat, kitorang kan pemalu. Again!


Banyak sangat aktiviti pada malam tu dan aktiviti nya adalah aktiviti berkumpulan. Rasa macam BTN pulak ada aktiviti dalam kumpulan. Ngehngeh Dan kumpulan aku adalah kumpulan Petaling Street Taikos dan ahli-ahli dalam kumpulan itu adalah; aku & Ihsan, Bok & partner, Jolyn & partner, dan juga Natasha & hubby. Find out rupanya Eyriqazz pun ahli group ni tapi masa game berlangsung mana pulak perginya. Ni gambar tengah berbincang tentang task-task yang diberi la. Ada 3 task semuanya. dan kena perform kesemua task yang diberi di atas pentas. Tak pernah-pernah, tapi belasah ajelah. Nasib baik dengan group, kalau sorang-sorang matilah saya. :P Oh, tapi mestilah bukan kami yang menang. 

Selepas kesemua group perform, mestilah acara gilang gemilang yakni upacara penyampaian HTC & Blackberry kepada si Pemenang. Mestilah tak mengharap, kan? Walaupun kalau menang memang sangat best. Mula-mula mereka yang terpilih dengan fesyen yang paling best dihadapkan di atas pentas. dan akhirnya seorang pemenang dipilih. dan pemenangnya adalah si Cruela.


Nah layankan sebahagian gambar finalis untuk Best Dress ni;

Si Joker. dan yang berbaju belang itu adalah Anak Perak.

Ninja ke samurai ni?

Jolyn yang menang Blackberry Bold untuk pre-event blogpost. 
dan yang duduk tu adalah Cik Lily Putih.

Mereka ini sangat cool. Merantai kaki bersama siap dengan overall bagai. God job!


Itu jelah pun gambar dari kamera aku. Sangat sikit, kan? Kalau nak tengok gambar cool gila tengok kat blog Safriz. Aku tak kenal pun siapa dia tapi dia ni macam kawan Farah je. Kawan ko ye Farah? Tapi, aku tak nampak pun dia ni masa kat party tapi tengok kat blog dia ada gambar event, so adalah lah dia kat sana tu. :P

Event yang menarik dan bagus untuk bersosial. Bersosial dari erti kata mengenali orang dan memantapkan skil-skil yang kurang dalam diri ini terutamanya skil berhadapan dengan orang. dan memberikan peluang untuk bergaul dan bercampur dengan orang yang lain daripada yang berada di sekeliling. dan memberikan semangan untuk terus berblogging. dan bergembira. dan makan....


...dan semestinya membuka minda tentang betapa murahnya DiGi Smartplan. Sebab semua pun games mengenai kebebasan dan kebestan DiGi Smartplan, dan kemurahan DiGi Smartplan semurah RM68 sebulan maka tidur malam pun sampai termimpi-mimpi betapa murahnya DiGi Smartplan. Haih...



Tambah-tambah bila tengok bill telefon yang tinggi. Padahal bukan guna Smart Phones pun. Meronta-ronta jiwa dan raga aku nak langgan pakej Digi Smartplan dan pakai BB seperti Shazni dan KakLala. Takpe, korang tunggu la. If aku tak menang BB pun aku pastikan aku beli BB dan guna DiGi Smartplan. Kerana apa? Kerana sangat murah cuma RM68 sahaja. Mesti korang jeles tengok bil aku murah nanti. :P


Alamak, tulisan "bill statement" tu sudah menggambarkan line yang aku guna. Sorilah M***S. DiGi kasi offer yang tak boleh nak tolak. *wink*


Kesimpulannya, event ini sangat mempengaruhi hidup aku yang asyik dok angau BB dan 68. Tapi jangan risau, angau yang ni adalah angau yang bagus. dan semoga DiGi memperbanyakkan lagi event seperti ini supaya aku dapat menjoinkan diri dan sekaligus dapat info yang menarik dan sekiranya ada nasib yang lebih baik, boleh menang BB. Hehehehehe....

Sekian. Itu sahaja laporan daripada Aimi A.Z.


by,
Aimi A.Z yang sangat tabah menulis entri ini dengan panjang lebar. Syabas!

10 comments:

Anonymous said...

salam.so awak ler banduan yg terlepas dr pudu jail tuh.hehe..i'm the fugitive yg berbaju kuning on digi's party @ ecobar from team momentum.thaks for coming ye that night.tp parti tu agak 'lesu' sikit la.nasib baik performance kitorang mcm best kan.ahaks!!!
cant wait to here from ur other story.

cyahhh....

CikLilyPutih said...

la gambo kite pun ade, kenape tak introduce diri ek! tak per2 lain kali kite leh jumpa lagi. Joinlah selalu event nuffnang tau! nice knowing u.

Aimi A.Z said...

encik anonymous, bkn pudu jail lah, penjara kajang.haha. mmg cm lesu sket, mungkin sbb cam xsure sgt apa yg nk dibuat sbnrnye. eh, tp sorilah, sy vote utk velocity. hahaha..

cik lily putih, sy ni segan orangnye. tak pandai nk beramah mesra. tambah plak, this is my first time. tulah, harap2 ade lg next time.

Jolyn Goh said...

HEy hey... Cepat nyer ko post tentang event ari tu.. Siap dapat url semua blogger lagi tu.. I baru balik dari KL pagi tadi so belum sempat tgk gambar camera aku pon... hur hur.. anyway.. gembira dapat satu geng ngan korang.. bukan main semangat geng kiter kan? kan? hehe..

Aimi A.Z said...

Mane ade cepat sangat, org lain lagi cepat. Hehe... tak sempat tengok gambar dr camera sebab asyik main BB baru ke? hehehehe... bestnya dapat BB free. memang semangat walaupun malu2 kucing, kan? :P

btw, mana ada url SEMUA blogger. itu baru sikit je tu. hehe

~IHSAN AZ~ said...

anonymous, i remember u, u seat just next to our table acting normal,haha, but u got busted in d end....

ciklily, kami berdua segan2,hehe, malu....

Jolyn, nice to meet u,enjoy ur bb my group leader,haha....

owh n btw, this is my post for the event...http://tryingtobehonest.blogspot.com/2010/05/digi-break-free-party-ecoba.html

Mommyyus said...

hi...dengan u yang kite jumpe kat parking tu. ingat nak tunggu korang & masuk sekali. xdelah segan sgt..tapi tunggu2 kok tak muncul2..masuk dululah....

Aimi A.Z said...

haah. memang ingat nak masuk ngan korang tapi tiba2 takde parking. tu yang parking kat bawah. :P

haslina said...

hai dik...akak pun 1st time dtg event by nuffnang..seganlah juga kan..but seronok tgk gelagat blogger2 lain..
akak link blog ni k...

lainkali klu pi mn2 event leh chit chat da..kan

Aimi A.Z said...

Itulah, layankan jelah kan? :P Orait, next time kite chitchat. hehe.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin