Wednesday, May 26, 2010

Conteng Arang di Muka

Dari kecik lagi kita dah diajar supaya tak menconteng arang di muka mak bapak. Tapi, tak pernah pulak belajar jangan menconteng arang di muka sendiri jadi dengan itu, aku pun tercontenglah arang di muka ku...


Saya tau sangat buruk ini orang tapi sengaja je nak taruk kat blog. Asyik taruk gambar comel-comel je comel ke? Sekali sekala biarlah letak gambar buruk, hitam legam dan bulat tembam. Lagipun, biar korang tau aku pun ada perangai suka tangkap gambar sendiri jugak. Ingat korang je ada perangai tu? Muahahahaha...



Owh, arang ini adalah arang sementara. Boleh dikupas kulitnya. Kesimpulannya kawan-kawan, adik-adik, pakcik-makcik sekalian, sekiranya anda ingin menconteng arang di muka anda sendiri pastikan ia adalah bersifat sementara. menconteng arang untuk memperlihatkan kulit yang suci dan berseri adalah digalakkan.




Maka, carilah arang ini untuk diconteng ke muka. Nescaya muka anda akan cantik berseri. :P


by,
Aimi A.Z yang sedang bengong sebab tinggal kat rumah sorang-sorang...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin